PERPUSTAKAAN
KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT
PERPUSTAKAAN
KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT
PENGENALAN
Perpustakaan Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) dibentuk sebaik sahaja buku-buku diperolehi pada April 2003. Pada ketika itu kaedah manual digunakan untuk merekodkan pinjaman dan pemulangan buku dari pelajar dan pensyarah. Apabila bilangan pelajar dan bilangan buku bertambah satu sistem perpustakaan berkomputer telah diperolehi.
Antara perkhidmatan yang terdapat di perpustakaan ini adalah untuk memastikan ianya dapat membantu institusi ini mengurus dan membekal maklumat yang berfaedah kepada pengguna khasnya warga Kolej Komuniti Arau Perlis adalah seperti berikut :
Ø Pinjaman dan rujukan buku
Ø Pencarian maklumat
Ø Berita terkini Kolej
Ø Kawasan pembaca dan kawalan belajar berkumpulan
Ø Koleksi bahan cetak
PERATURAN PERPUSTAKAAN
1.0 ARAHAN AM PERPUSTAKAAN
i. Dilarang membuat bising sehingga boleh mengganggu ketenteraman pengguna-pengguna lain.
ii. Dilarang menggubah susunatur perabut kerusi dan meja yang sedia ada. Sebuah meja lengkap dengan kerusi terhad untuk 6 pengguna sahaja. Kerusi yang digunakan hendaklah disusun kembali selepas guna.
iii. Dilarang makan, minum, tidur atau membuat sesuatu yang akan menjejaskan suasana di dalam perpustakaan.
iv. Dilarang membawa sebarang bahan makanan dan minuman ke dalam perpustakaan.
v. Dilarang menconteng, mengoyak, merosak atau memusnahkan mana-mana harta kepunyaan perpustakaan atau berkelakuan yang boleh membawa kerosakan pada bahan tersebut.
vi. Dilarang menconteng, mengoyak, merosak atau memusnahkan mana-mana harta kepunyaan perpustakaan atau berkelakuan yang boleh membawa kerosakkan pada barang tersebut.
vii. Dilarang menggunting artikel-artikel dalam majalah dan akhbar atau apa-apa bahan cetak termasuk harta kepunyaan perpustakaan.
viii. Dilarang mencuri sebarang buku, majalah-majalah, akhbar atau apa-apa bahan cetak termasuk harta kepunyaan perpustakaan.
ix. Penggunaan telefon mudah alih (handphone) hanya dibenarkan dalam keadaan nada getar ( vibrate ) dan senyap ( silent ).
x. Pengguna-pengguna mestilah mematuhi peraturan-peraturan menggenai bilangan buku-buku yang boleh dipinjam dan bertanggungjawab ke atas pemulangan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
xi. Peminjam bertanggungjawab ke atas bahan-bahan yang dipinjam. Bagi bahan-bahan yang dihilangkan, peminjam akan dikenakan bayaran harga semasa sebagai kos gantian bahan tersebut.
xii. Dilarang membawa masuk beg, fail besar, kamera, topi kaledar, baju jaket dan senjata tajam ke dalam perpustakaan.
xiii. Pengguna perpustakaan hendaklah menunjukkan semua barang seperti fail, buku dan sebagainya kepada petugas perpustakaan untuk diperiksa sebelum keluar dari perpustakaan.
xiv. Pengguna yang hendak meminjam bahan perpustakaan perlu mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu dan pinjaman tanpa kad keahlian tidak akan dilayan.
xv. Semua pertukaran alamat pengguna hendaklah dimaklumkan kepada pihak perpustakaan.
xvi. Pengguna hendaklah berpakaian yang sesuai mengikut peraturan Am Kolej Komuniti
KOLEKSI PERKHIDMATAN
Ø Pinjaman Buku Perpustakaan
o Seorang pelajar di benarkan untuk meminjam 2 naskah buku dalam masa 1 minggu
o Buku yang dipinjam hendaklah dipulangkan sebelum atau pada tarikh yang telah ditetapkan.
o Pelajar bertanggungjawab ke atas buku yang dipinjamkan. Sekiranya buku tersebut hilang, pelajar dikehendaki menggantikannya atau membayar harga semasa buku tersebut.
o Sekiranya pelajar tidak memulangkan buku Perpustakaan dalam tempoh yang ditetapkan, keputusan peperiksaan pelajar akan ditahan sehingga buku tersebut dipulangkan.
o Pengguna layak meminjam buku dari koleksi pinjaman dan koleksi rujukan terhad dengan menggunakan kad keahlian.
Ø Koleksi Rujukan Dalaman Terhad.( Red Spot Label)
o Untuk meminjam buku-buku dari koleksi ini, sama seperti
o pinjaman biasa Cuma tempoh pinjaman terhad dan
o dikhaskan untuk pensyarah akademik dan staff sahaja.
Ø Bahan rujukan dalaman warna bertanda label merah seperti kamus, bibliografi, jurnal, ensiklopedia hanyalah dibenarkan sebagai bahan rujukan dalaman perpustakaan sahaja. Bahan ini mempunyai koleksi terhad sahaja.
Hal-hal Lain
Ø Pinjaman menggunakan kad keahlian pelajar lain adalah tidak dibenarkan Hanya pengguna asal yang mempunyai status kad aktif sahaja dibenarkan meminjam.
Ø Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakkan barang-barang persendirian yang diletak atau tertinggal didalam/ diluar perpustakaan.
Ø Petugas perpustakaan berhak mengarah sesiapa sahaja yang melanggar sebarang peraturan perpustakaan atau peraturan Kolej Komuniti untuk keluar dari perpustakaan.
Ø Pihak perpustakaan berhak meminta pengguna mulangkan bahan-bahan pinjaman walaupun belum tamat tempoh pinjamannya.
Ø Penggunaan ruang perpustakaan untuk kegunaan lain perlu mendapat kelulusan pegawai bertugas di perpustakaan kolej komuniti Arau.
Ø Sebarang pertanyaan berkaitan dengan perpustakaan boleh dikemukakan kepada pegawai perpustakaan.
Ø Pengarah atau wakil kuasanya dari masa ke semasa boleh membatal atau menambah mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini.
MASA PERKHIDMATAN
ISNIN ~ JUMAAT
08.30 a.m – 04.30 p.m
Ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum