Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) merupakan Pusat Penyelaras Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP). Sistem ini telah dilancarkan pada 2 Jun 1988 yang merupakan lanjutan daripada Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan. Sistem ini membolehkan perkongsian bahan-bahan perpustakaan dilaksanakan dikalangan ahli SPP. Pada 13 Disember 2019, perkhidmatan SPP dipertingkatkan melalui penglibatan dalam Portal Katalog Induk Kebangsaan versi 2.0. melalui modul Pinjaman Antara Perpustakaan (ILL).Â