PENDAHULUAN
Tujuan utama diwujudkan Al-Irsyad adalah untuk membimbing dan memberi sokongan kepada guru daripada pelbagai aras pencapaian sekolah dalam aspek kurikulum, pedagogi dan penilaian.
Berperanan memberikan sokongan pembangunan profesional & bimbingan kepada PK Pentadbiran & Middle Leader Team (Ketua bidang & Ketua Panitia) untuk meningkatkan pencapaian kurikulum sekolah.
Ditubuhkan pada September 2022 & digerakkan oleh Pegawai Pembimbing Peningkatan Akademik dari Bahagian Akademik, JPINT
OBJEKTIF
Membimbing dan meningkatkan kualiti guru dalam aspek kurikulum
Merancang, membimbing dan membangunkan PK Pentadbiran dan Middle Leaders untuk meningkatkan PdP yang berkesan
Bekerjasama dengan KPM dan pegawai PPD untuk menyediakan latihan dan program bimbingan yang diperlukan untuk meningkatkan profesionalisme keguruan
Mengukuhkan jalinan antara guru dalam membina hubungan melalui bimbingan secara berterusan yang boleh membantu meningkatkan kualiti kurikulum di sekolah
SASARAN
6 orang pegawai Bahagian Akademik yang berperanan sebagai pembimbing
Pegawai Al-Irsyad dilatih dan diberikan latihan secara profesional oleh SIPartners+, SISC+ & Pengetua cemerlang
Sesi kunjung bantu 2 buah sekolah sebulan
17 buah institusi Pendidikan bawah kelolaan JPINT diberi bimbingan oleh Al-Irsyad yang merangkumi SRIDI, MTQT, MMT & SMIDI
Melalui lawatan kunjung bantu, menggunakan borang PDCA & penyediaan laporan berimpak oleh pegawai pembimbing
POSTER