PENDAHULUAN
Hafazan Al-Quran adalah satu mata pelajaran Tahfiz yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan di sekolah-sekolah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama (JHEAT) sejak sekian lama. Ia bukan sahaja tertumpu kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu malah telah dilaksanakan di semua Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu.
Majlis yang dicadangkan ini melibatkan 114 orang pelajar yang telah berjaya khatam 30 juzuk sepanjang sesi akademik 2022/2023 sehingga Julai 2024.
Sebagai penghargaan kepada pelajar-pelajar tersebut, pihak Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu berhasrat untuk mengadakan satu majlis yang dinamakan Haflu Takrim Huffaz Al-Quran Sekolah Menengah Agama Terengganu Tahun 2024. Dalam masa yang sama, imbuhan akan diberikan kepada pelajar yang telah berjaya khatam sebagai penghargaan dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain.
OBJEKTIF
Meraikan para pelajar yang telah khatam 30 juzuk al-Quran dan berjaya menamatkan program Tamayyuz sehingga Tingkatan Lima, sebagai penghargaan atas kesungguhan mereka menghafal al-Quran.
Mendorong pelajar yang belum khatam supaya lebih bersungguh-sungguh dalam menghafal al-Quran.
Menjelaskan kesungguhan kerajaan Negeri Terengganu dalam memartabatkan golongan Huffaz al-Quran.
SASARAN
Pelajar khatam al-Quran Tamayyuz
POSTER