Tentera Laut Diraja Malaysia
Tentera Laut Diraja Malaysia atau lebih dikenali dengan singkatannya, TLDM, merupakan salah satu cabang Angkatan Tentera Malaysia dan agensi utama yang bertanggungjawab ke atas operasi pengawasan dan pertahanan maritim negara. Penguasaan TLDM meliputi 603, 210 kilometer persegi, (hampir dua kali ganda keluasan daratan Malaysia, 329, 860 km persegi) merangkumi kawasan pesisiran dan zon ekonomi eksklusif milik negara tersebut. Penglibatan TLDM dalam pencerobohan lahad datu adalah mengawal kawasan perairan negara daripada dimasukki oleh pengganas. TLDM juga menghantar unit khas iaitu PASKAL di kawasan persisiran pantai untuk memburu musuh di kawasan itu