Pasukan Gerakan Am
Pasukan Gerakan Am (PGA) merupakan salah satu cawangan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pasukan ini merupakan elemen tempur PDRM bagi mengendalikan operasi punitif bertujuan untuk memberi tekanan terhadap sebarang bentuk pakatan bersenjata, kegiatan-kegiatan subversif, pemberontakan dan ancaman yang berlaku di dalam negara Malaysia. Pasukan ini berpergerakan tinggi dengan kebolehan untuk bergerak dalam apa juga keadaan persekitaran. Dalam pencerobohan lahad datu, pasukan PGA telah ditugaskan untuk memindahkan penduduk kampung lahad datu ke tempat yang selamat
69 Komando ; juga dikenali sebagai Very Able Troopers 69 (VAT 69) ialah unit pasukan khas pelbagai tugas elit Polis Diraja Malaysia. VAT 69 berpangkalan di Ulu Kinta, Perak dan bersama Unit Tindakan Khas (UTK), mereka adalah sebahagian daripada Pasukan Gerakan Khas (PGK). Misi 69 Komando adalah untuk menjalankan tugas berisiko tinggi seperti memerangi keganasan, menyelamat tebusan, pengumpulan risikan dan memerangi pemberontakan di dalam sempadan Malaysia. Pasukan ini telah menjalankan operasi membanteras pengganas di lahad datu dan membunuh seramai 15 pengganas. Akan tetapi 2 daripada anggota ini telah terbunuh dalam insiden tersebut