Pada bahagian ini, saya akan berkongsi apa yang telah saya lakukan sepanjang minggu berkenaan dengan pengendalian akuarium serta pembiakan ikan hiasan saya.
Pemilihan spesis ikan hiasan bagi setiap individu telah dilakukan pada hari Jumaat melalui Google Docs.
Bagi satu jenis spesis ikan hiasan, hanya terhad kepada 5 orang pelajar sahaja dimana berkonsepkan "first come first serve".
Terlebih dahulu saya membuat carian berkenaan dengan spesis ikan apa yang mudah untuk dibiakkan.
So, saya mengambil keputusan untuk memilih spesis Molly sebagai spesis pilihan saya iaitu Black Molly, Poecilia sphenops.
Cabut undi bagi setiap 44 orang student telah dilakukan di dalam Hatcheri Ikan Hiasan. Setiap orang diarahkan untuk mengambil setiap kertas cabutan yang siap ditulis nombor bertuah melalui ketua kelas, Aslam.
Saya (Yaya) mendapat nombor 4 dimana akuarium berada pada bahagian depan sekali bahagian tepi kiri.
Pembersihan akuarium dilakukan dimana lebihan pasir dan batu kecil yang ada di dalam akuarium telah dibersihkan.
Pasir dan batu kcil telah dibuang dari akuarium & diletakkan ke dalam tong biru yang disediakan oleh En.Raja (pembantu Hatcheri Ikan Hiasan) secara berasingan.
MINGGU -2 (18/10/23)
Lebihan air yang ada dalam akuarium telah dibuang secara sifon menggunakan wayar getah & bikar.
Kemudian tangki dicuci dengan menggunakan air masin bertujuan untuk buang sebarang patogen atau parasit yang ada di akuarium dan dibilas dengan menggunakan air tawar.
Saiz akuarium ialah panjang (89cm), lebar (42.5cm), dan tinggi (46cm).
Pemasangan under-gravel filter didalam akuarium telah dilakukan & setelah semua pembersihan akuarium dilakukan.
Bahagian lapisan atas akuarium ditutup dengan menggunakan plastik untuk mengelakkan daripada habuk kayu yang terdapat pada rak akuarium masuk ke dalam akuarium saya. Ini kerana, rak akuarium tersebut sudah lama dan terdapat banyak habuk kayu yang reput.
MINGGU -3 (22/10/23)
Saya pergi membuat tinjauan dibeberapa kedai untuk mencari barang hiasan dan buat keputusan untuk membeli barang di kedai ECO shop kerana harga yang murah dan berpatutan seperti batu dan akuarium kecil.
Seterusnya pembelian barang hiasan untuk penambahan melalui dalam talian aplikasi 'Shopee' juga telah dilakukan iaitu di Perfect Ocean Aquarium & Pets.
Banyak barang hiasan yang lebih menarik dan murah serta dapat banyak voucher untuk setiap pembelian seperti perumah untuk ikan, pokok plastik hiasan dan sebagainya.
Tujuan membeli barang hiasan adalah untuk mencantikkan akuarium serta memberi keselesaan kepada ikan hiasan untuk membiak.
MINGGU -3 (24/10/23)
Pasir merupakan bahan yang terpenting sebelum memulakan proses penghiasan dalam akuarium.
Pasir berfungsi untuk menenggelamkan under-gravel filter daripada terapung dipermukaan akuarium dan juga penting untuk membuat lapisan didalam akuarium.
Pencarian pasir halus di Pantai Batu Rakit telah dilakukan oleh saya.
Pasir tersebut dibilas beberapa kali untuk buang bendasing dan kotoran hitam, kemudian ia direndam selama 24 hingga 48 jam di Hatcheri Ikan Hiasan, UMT.
Batu hiasan seperti kristal juga dibeli oleh saya di kedai Ming Yu Two Aquamarin di Kuala Terengganu (RM6/kg).
Batu hiasan tersebut dibilas dan direndam selama 24 hingga 48 jam dalam baldi di Hatcheri Ikan Hiasan, UMT.
MINGGU -3 (26/10/23)
Pertama sekali, pasir yang telah direndam selama 24 - 48 jam telah dimasukkan dan diratakan ke atas under gravel filter untuk mengelakkan daripada ia terapung ke permukaan akuarium.
Pasir diratakan dan dimampatkan dengan betul agar tiada sebarang ruang yang kosong.
Seterusnya, setelah selesai meratakan pasir. Air tawar diisi ke dalam akuarium sebanyak 3/4 liter.
Pasir ditambah apabila terdapat kawasan akuarium yang kosong tanpa pasir.
Kemudian, setelah air tawar selesai diisi, penyediaan pengudaraan dan filter telah dikendalikan dengan betul.
Hiasan batu putih dan coklat telah diratakan didasar satu kawasan akuarium. Hal ini kerana, untuk menaikkan warna ikan Black Molly di dalam akuarium.
Perumah, kayu dan pokok hiasan juga telah diletakkan ke dalam akuarium sebagai tempat perlindungan untuk ikan Black Molly.
Hiasan dalam akuarium dihias mengikut kemahuan saya dan saya berasa tenang.
MINGGU -4 (29/10/23)
Sebelum membeli ikan untuk diletakkan ke dalam akuarium di hatcheri, saya telah membuat survey dibeberapa kedai antaranya ialah Ming Yu Two di Kuala Terengganu, Gong Badak Petshop, KT Aquarium & Trading serta Ming Yu Two di Gong Badak berdekatan airport.
Di kedai akuarium, saya telah memerhati ciri-ciri fizikal yang terdapat pada ikan pilihan saya. Antaranya adalah dari segi bentuk perut ikan betina, tubuh badan ada pendarahan atau tidak, pereputan sirip pada ikan dan juga warna pada badan ikan samada ia terang ataupun pudar. Tingkah laku pada ikan juga turut diperhatikan samada ia aktif ataupun lemah.
Pilihan spesis ikan saya iaitu Black Molly, Poecilia sphenops telah dibeli di kedai Ming Yu Two. Selain itu, ikan 'display' juga dibeli pada kedai yang sama ; ikan Guppy dan ikan Corydoras.
Sebelum ikan dimasukkan ke dalam akuarium, proses aklimitasi dilakukan selama 15-20 minit untuk menyesuaikan suhu ikan dalam plastik dengan suhu air dalam akuarium terlebih dahulu.
MINGGU -4 (3/11/23)
Induk jantan dan betina Black Molly telah dibeli di kedai Ming Yu Two, Gong Badak.
Mengikut ciri-ciri fizikal :
-Betina lebih besar daripada jantan.
-Warna caudal fin pada ikan jantan bewarna oren atau kekuningan.
Pada hari pertama penjagaan induk dirumah, saya hanya membeli sepasang sahaja induk Black Molly. Namun, apabila saya membuat research dan mendengar semasa kuliah Dr Lok berkaitan dengan ratio ikan Molly adalah 2F:1M.
Keesokannya harinya saya menambah beli seekor lagi induk betina. Hal ini kerana, untuk mengurangkan tekanan pada induk betina apabila induk jantan terlalu aktif.
Air yang digunakan untuk penjagaan ikan secara harian adalah merupakan air yang telah dicampur dengan anti-chlorine. Air dibuat dalam kuantiti yang banyak dalam baldi untuk rolling pada hari seterusnya dibiarkan selama 12 jam.
MINGGU -5 (9/11/23)
Pembersihan kotoran dan sisa makanan ikan didalam akuarium di Hatcheri Ikan Hiasan UMT dengan menggunakan jaring custom-made.
Untuk mengelakkan air akuarium menjadi kotor dan mengganggu keselesaan ikan.
Pemberian makanan terhadap ikan dalam akuarium selama 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.
Artificial pellet diberikan iaitu Marubeni pellet no.3 yang sesuai dengan saiz mulut ikan.
MINGGU -5 (11/11/23)
Mengikut pemerhatian saya, perut abdomen induk ikan betina Black Molly besar dan membulat.
Ini menunjukkan induk betina tersebut "gestation" atau mengandung.
Selain itu juga, terdapat juga "gravid spot" ibarat cerminan pada bahagian bawah perut induk betina tersebut.
Dalam pemerhatian, ikan tersebut sudah bersedia untuk beranak dan kurang aktif (lemah).
MINGGU -6 (13/11/23)
Untuk pengetahuan semua, saya tidak sempat untuk mengasingkan induk betina dan jantan dalam akuarium.
Induk ikan betina telah beranak "birth" di dalam akuarium tersebut.
Hanya terdapat seekor sahaja anak ikan (larva) Poecilia sphenops yang ada dalam akuarium tersebut.
Saya beranggapan induk Black Molly telah memakan anaknya sendiri kerana membiarkannya dalam akuarium tanpa mengasingkannya.
Larva ikan P. sphenops diambil dengan menggunakan jaring dengan berhati-hati.
Kemudian, larva tersebut diletakkan ke dalam beg plastik untuk dibawa balik kerumah untuk penjagaannya yang seterusnya.
MINGGU -6 (18/11/23)
Penjagaan larva Black Molly yang telah dilahirkan telah dibawa jaga ke rumah.
Ia diletakkan ke dalam akuarium kecil dengan ruang dan pengudaraan yang mencukupi.
Larva tersebut tidak diberikan makan kerana ia bergantung kepada "egg yolk" sepenuhnya selama 2 hari.
Selepas 2 hari larva dilahirkan, ia diberi makan dry Artemia.
Oleh kerana hanya seekor sahaja larva dalam akuarium tersebut, saya hanya memberi makan sedikit sahaja (diambil hanya dihujung jari sahaja).
MINGGU -7(22/11/23)
Pembersihan dibahagian dalam dan bucu akuarium yang mempunyai kotoran yang melekat dengan menggunakan span ringan hijau.
Kemudian, lapisan luar kaca akuarium dicuci dengan menggunakan pencuci cermin sehingga ia nampak berkilat dan bersih.
MINGGU -7(24/11/23)
Pemberian makanan dilakukan seperti sediakala pada waktu pagi dan waktu petang.
Saya juga membuat pemerhatian akan tingkah laku ikan-ikan yang ada didalam akuarium, sekiranya ia sakit. Saya akan mengambil langkah untuk mengasingkan ikan yang sakit dan akan merendamkannya didalam larutan S1.
MINGGU -8 (25/11/23)
Saya telah membuat keputusan untuk membawa ikan hiasan yang dibela dirumah ke akuarium di hatcheri Ikan Hiasan UMT.
Sebelum memindahkan ikan tersebut ke dalam akuarium, terlebih dahulu ia telah diaklimitasikan selama 15-20 minit untuk menstabilkan suhu persekitaran dalam akuarium ikan tersebut.
Seterusnya, saya mengambil ikan dengan menggunakan jaring dan memindahkan ikan tersebut ke dalam akuarium. Terdapat banyak ikan yang ada dalam akuarium saya kira-kira 9 ekor ikan Black Molly dalam pelbagai saiz kecil,sederhana besar, dan besar.
Ini adalah bertujuan untuk memberi keselesaan dan penyesuaian "adapt" ikan pada tempat yang baharu.
MINGGU -8 (29/11/23)
Seterusnya, perkembangan larva semakin hari semakin membesar.
Oleh kerana hanya mempunyai seekor sahaja larva, saya telah memberi semampu tumpuan terhadapnya.
Pemberian makanan dry Artemia sebanyak 2 kali sehari, pertukaran air 3 kali seminggu.
Pemerhatian tingkah lakunya turut diperhatikan dan larva menunjukkan tingkah laku yang aktif dan berenang dengan laju.
MINGGU -9 (8/12/23)
Pada hari Jumaat, jam 11 pagi, saya menyedari bahawa ikan telah beranak (birth) dan larvae tersebut bewarna hitam yang unik.
Larvae P. sphenops berada di celah-celah perumah dan batu-batu hiasan yang diletakkan sebagai tempat perlindungan.
Untuk mengelakkan larva tersebut daripada dimakan oleh parents (induk jantan dan betina), saya telah mengambil larvae tersebut asingkan ke dalam akuarium yang lain dengan menggunakan jaring.
Pengambilan larvae tersebut dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan daripada berlakunya stress terhadap larvae yang baru menetas.
Sebanyak 10 ekor larvae P. sphenops yang ada.
Tingkah laku larvae tersebut bergerak sangat aktif.
Larvae dibawa pulang kerumah untuk penjagaan yang selanjutnya.
Selepas selesai mengasingkan larvae ikan daripada akuarium, pembersihan serta penukaran air baharu telah dilakukan.
Pertama sekali, ikan-ikan yang ada di dalam akuarium telah dikumpulkan dan diletakkan ke dalam akuarium kecil yang lain.
Selepas selasai keluarkan ikan. air dalam akuarium disifon keluar menggunakan wayar getah. Wayar getah diletakkan keatas batu hiasan besar untuk mengelakkan daripada tersedut masuk batu dan pasir hiasan yang kecil.
Seterusnya, bahagian dalam akuarium telah dicuci dengan menggunakan span hijau yang ringan untuk mencuci kotoran lebihan makanan yang melekat pada cermin dalam akuarium tersebut.
Kira-kira sebanyak 10% sahaja air yang ditinggalkan dalam akuarium (air tidak disiphon keluar sepenuhnya).
Kemudian, barang hiasan akuarium seperti batu-batu, kayu, perumah dan bunga plastik dikeluarkan dan direndam kedalam baldi buat sementara waktu.
Kaca akuarium bahagian luar telah dicuci menggunakan wiper pencuci supaya ia kelihatan berkilat dan bersih.
Seterusnya, air tawar dimasukkan ke dalam akuarium. Air ditapis dengan menggunakan filter span hijau untuk mengelakkan daripada sebarang bendasing dan serta batu dan pasir hiasan tidak bergerak ekoran tekanan air yang dimasukkan.
Air dimasukkan sebanyak 3/4 daripada akuarium tersebut dan ikan-ikan dimasukkan semula ke dalam akuarium.
Keadaan dalam akuarium tenang dengan air yang bersih dan ikan yang sihat.
MINGGU -9 (9/12/23)
Pemberian makanan terhadap ikan-ikan didalam akuarium di hatcheri ikan hiasan, UMT telah dilakukan pada setiap hari, namun kali ini saya sertakan video pemberian makanan.
Mengikut pemerhatian saya, kesemua ikan saya kelihatan aktif dan berenang laju, serta respon (tindakbalas) semasa makanan diberikan boleh diterima.
MINGGU -10 (11/12/23)
Pada hari Isnin, jam 11 pagi. Saya telah memeriksa kualiti air di akuarium untuk mengetahui samada ia berada dalam keadaan kotor atau boleh menjejaskan ikan-ikan tersebut.
Multiparameter telah diambil di bilik staf hatcheri ikan hiasan (En Raja).
Multiparameter dibilas terlebih dahulu dengan air tawar sebelum digunakan.
Kemudian cap pada multiparameter dicabut sebelum dimasukkan kedalam akuarium.
Kualiti air yang telah diperiksa adalah pH dan suhu.
pH dan suhu merupakan parameter air yang paling penting. Jika suhu terlalu tinggi, ia boleh memudaratkan ikan.
Manakala jika julat pH terlampau rendah, air akuarium akan berasid dan membahayakan ikan-ikan.
Bacaan pH akuarium saya adalah 7.59 dimana julat yang stabil ialah antara 7.0 sehingga 8.5.
Bacaan suhu pula ialah 27.4 °C .
MINGGU -10 (13/12/23)
Penukaran air terhadap larvae P. sphenops telah dilakukan sebanyak 3 kali dalam masa seminggu.
Penjagaan larvae amat dititikberatkan kerana larvae sangat sensitif terhadap air yang kotor dan mudah terkena penyakit.
Pada link video tersebut, apa yang dapat diperhatikan, larvae tersebut menunjukkan tingkah laku yang baik dari segi berenang dengan aktif dan sihat.
MINGGU -11 (19/12/23)
Bagi pemberian makanan ikan di akuarium (Hatcheri Ikan Hiasan, UMT), saya menggunakan dua jenis makanan iaitu : makanan hidup, Daphnia magna dan artificial pellet Marubeni No. 3.
Secara umumnya, makanan hidup adalah makanan yang berkualiti tinggi dan memberi keberkesanan terhadap ikan hiasan seperti tumbesaran yang cepat.
Kelebihan makanan hidup adalah :
i. Sebagai tarikan terhadap ikan hiasan untuk memakannya.
ii. Daphnia magna mempunyai kandungan protein yang tinggi.
iii. Daphnia magna telah mengaktifkan sistem ikan apabila memburunya dalam akuarium untuk dimakan (ikan lebih aktif).
MINGGU -11 (22/12/23)
Pada minggu ke-6 iaitu 13 November, saya pernah menyatakan bahawa hanya terdapat seekor sahaja larvae Black Molly yang baru dilahirkan berada didalam akuarium di hatcheri dan dibawa ke rumah untuk penjagaan seterusnya.
Pada pemerhatian saya, dari hari pertama anak ikan tersebut dilahirkan anggaran 1 cm kebawah sehinggalah ke hari ini iaitu minggu ke-11 ia berukuran 2.0 cm panjang.
Dari hari ke hari saya sentiasa perhatikan akan tumbesaran anak ikan tersebut, dimana ia cepat membesar apabila diberi cukup makan iaitu pada waktu pagi dan petang. Ia juga menunjukkan tingkah laku yang aktif.
Selain itu, penjagaan dan penukaran air 2 kali seminggu juga salah satu faktor ikan berada dalam keadaan stabil dan tidak stress oleh persekitarannya.
Walaupun hanya seekor sahaja, ini menunjukkan anak ikan tersebut tahan lasak dan juga tahan penyakit dapat membesar dengan baik apabila dijaga dengan kaedah yang betul.
MINGGU -12 (26/12/23)
Seterusnya pada minggu ke-12, saya sertakan video saya ketika menguruskan penukaran air anak ikan dalam akuarium di rumah.
Air akuarium disebelah kanan yang mempunyai anak ikan kelihatan kotor dengan sisa makanan dan waste anak ikan.
Manakala disebelah kanan pula adalah air baru yang sudah diletak anti-klorin selama sehari.
Pengudaraan diangkat seketika untuk memudahkan proses pemindahan anak ikan ke akuarium baru.
Anak ikan dipindahkan dengan menggunakan scoop net.
Selepas selesai memindahkan anak ikan tersebut, ia dibiar selama 30 minit tanpa pemberian makanan. Hal ini kerana, anak ikan berada dalam keadaan stres semasa proses pemindahan dan penukaran air dilakukan.
Larvae anak ikan adalah adalah sangat sensitif kerana ia masih kecil dan dalam fasa pertumbuhan.
Oleh itu, tidak digalakkan sentiasa tukar air kerana ia boleh menyebabkan anak ikan stress dan tidak dapat menyesuaikan dengan suhu yang baru.
Penukaran air dilakukan oleh saya apabila air kelihatan terlalu kotor (2 kali seminggu).
MINGGU -12 (29/12/23)
Pertumbuhan anak ikan sentiasa diperhatikan oleh saya.
Merujuk pada minggu ke-11 pada 22 Disember, saya telah sertakan ukuran panjang anak ikan yang dilahirkan pada 13 November iaitu 2 cm.
Pada minggu ini, cukup seminggu daripada tarikh 22 Disember, saya ukur panjang ikan tersebut. Dan ia menunjukkan respon yang baik iaitu panjangnya semakin bertambah iaitu 2.2 cm.
Bagi saya, ini adalah suatu keberkesanan selama saya menjaganya kerana pertumbuhannya semakin hari semakin baik dan menunjukkan tingkah laku yang aktif. Saya berharap anak ikan ini dapat membesar dengan baik.
Pemberian makanannya juga saya beri makan dry artemia dan slow-slow bagi makan pellet Marubeni No.3 untuk menyesuaikannya dengan artificial pellet.
MINGGU -13 (3/01/24)
Kalini saya berasa sangat happy dan berpuas hati. Ini merupakan permulaan tahun baru 2024 yang baik bagi saya kerana induk ikan betina telah melahirkan anak.
Dalam sekitar jam 10 pagi saya pergi ke hatcheri ikan hiasan untuk memberi makan terhadap ikan di akuarium, namun apabila saya memerhati dalam akuarium di bahagian belakang dan shelter, saya mendapati ada beberapa ekor anak ikan Molly hitam yang masih kecil anggaran baru dilahirkan dalam masa 24 jam, "terpaling bahagia" :)
Kira-kira lebih daripada 8 ekor anak ikan Molly hitam yang dilahirkan. Mereka berenang dengan aktif.
Namun kalini, saya buat keputusan untuk tidak mengambil anak-anak ikan tersebut pulang kerumah saya. Ini kerana saya ingin melihat adaptation mereka dalam akuarium bersama-sama dengan ikan yang lain.
Walaupun kita tahu induk jantan dan betina bersifat kanibal yang mana ia makan anak mereka semasa kecil, namun saya tidak berasa bimbang kerana dalam akuarium saya, saya telah letakkan banyak tempat perlindungan atau perumah supaya anak ikan dapat bersembunyi dan juga saiz anak ikan tersebut tidak terlalu kecil. Seperti dalam video tersebut kita dapat lihat anak ikan suka berada pada kayu sebagai tempat perlindungan mereka.
MINGGU -13 (5/01/24)
Melalui pemerhatian, saya mendapati bahawa anak ikan yang dijaga oleh saya dirumah hilang selera makan :( Mungkin juga disebabkan oleh kecuaian saya sendiri semasa mengendalikan ikan (semasa memberi makan, semasa sampling membuat ukuran, semasa penukaran air akuarium) yang boleh menyebabkan anak ikan menjadi stres.
Jadi penyelesaian yang diambil oleh saya ialah dengan merendamkannya anak-anak ikan tersebut dalam solution S1 selama 4 hari. Hanya setitik sahaja solution S1 tersebut dititiskan dalam akuarium anak ikan tersebut.
Solution S1 tersebut telah dibeli di kedai Gong Badak Petshop yang berdekatan dengan rumah saya.
Kegunaan S1 :
-Mencegah anak ikan daripada terkena penyakit.
-Apabila ikan menghadapi tekanan/stres.
-Anak ikan luka.
Seterusnya, pada hari yang sama juga iaitu pada hari Jumaat. Semasa saya sampai ke Hatcheri Ikan Hiasan di UMT sekitar jam 4 petang, saya mendapati ada seekor ikan jantan Black Molly telah mati :(
Tindakan yang diambil oleh saya ialah cepat-cepat mengambil net dan sauk ikan tersebut keluar daripada akuarium.
Hal ini kerana, saya risau ia akan mejadi penyebab kepada ikan yang lain terkena penyakit.
Penyelesaian tersebut selesai dilakukan dan tidak memberi sebarang kesan terhadap ikan yang lain sepanjang pemerhatian yang dibuat oleh saya pada akuarium tersebut.
MINGGU -14 (9/01/24)
Pada minggu ke-14 ini adalah minggu terakhir saya update progress dalam site ini sebelum masuk final exam bagi subjek AQU3243 Kultur Ikan Hiasan :(
Seperti link youtube disebelah, saya telah sertakan video pendek untuk memeriksa kualiti air iaitu pH dan suhu dengan menggunakan meter pH yang telah disediakan di Hatcheri Ikan Hiasan, UMT.
Sebelum menggunakan meter pH, ia perlulah dibilas dengan air dahulu sebelum memasukkannya ke dalam akuarium. Ini kerana kita tahu siapa yang menggunakannya sebelum kita dan mungkin sampling mereka mempunyai penyakit. Ini adalah salah satu cara untuk prevent ikan kita terkena penyakit even dia tidak menjamin 100%.
Suhu air dalam akuarium adalah stabil dimana 27.2 °C dan julat pH adalah 8.03. Julat pH yang disyorkan adalah 7.5 - 8.5, saya buat keputusan untuk membuat pertukaran air dalam akuarium tersebut sebanyak 50% atau yang mudah difahami adalah separuh daripada air dalam akuarium tersebut.
Setelah selesai sifon dan penukaran air, seperti biasa saya bagi makan ikan-ikan tersebut dengan artificial pellet iaitu Marubeni No.3.
MINGGU -14 (13/01/24)
PERTUKARAN AIR
Pada hari Sabtu minggu lepas, saya telah melakukan penukaran air terhadap ank ikan yang dijaga oleh saya dirumah. Selepas direndam dalam solution S1, kesemua anak ikan tersebut berada dalam keadaan yang baik dan tiada satu ekor pun yang mati.
Saya sertakan video pendek disebelah sebelum dan selepas pertukaran air dalam akuarium.
Kita dapat lihat apabila lebihan sisa makanan termendap dibahagian bawah akuarium, ia akan menyebabkan air menjadi keruh dan kotor. Dalam masa yang sama, akuarium tersebut juga saiz kecil yang menyebabkan air cepat kotor apatahlagi lebihan makanan itu kena airstone yang laju dalam akuarium.
BERI MAKAN MAKANAN HIDUP
Sebelum ini saya banyak menggunakan artificial pellet Marubeni No.3 sebagai makanan terhadap anak-anak ikan, namun kalini saya juga memberi mereka makan makanan hidup yang kaya dengan nutrien iaitu Daphnia.
Berdasarkan video disebelah, saya titiskan Daphnia di seluruh kawasan dalam akuarium, hal ini kerana untuk memberi kesemua anak ikan mendapat Daphnia tersebut. Anak ikan juga tertarik akan pergerakan Daphnia didalam air dan membuatkan mereka ingin mengejar dan memakan Daphnia tersebut. Anak ikan juga nampak sangat aktif berenang.
ANAK-ANAK IKAN DALAM AKUARIUM
Pada 13 Januari juga, saya turut membuat pemerhatian akan anak-anak ikan yang baru dilahirkan pada 3 Januari yang lepas di akuarium, UMT.
Melalui video disebelah, anak-anak ikan Molly semakin membesar dan menujukkan tingkah laku yang aktif iaitu berenang dengan laju dan boleh adapt dengan persekitaran dalam akuarium tersebut.
Akuarium tersebut mempunyai ruang yang besar dan membolehkan anak-anak ikan boleh berenang dengan bebas.
Keputusan yang dibuat oleh saya untuk membiarkan sahaja anak ikan tersebut membesar dalam akuarium tanpa sebarang kurungan adalah satu keputusan yang baik. Ini kerana, pada pandangan saya, anak ikan yang dijaga dirumah dalam akuarium saiz kecil kurang selesa akibat ruang yang kecil manakala anak ikan dalam akuarium bahagia bersama ikan-ikan yang lain dalam ruang yang besar.
Seterusnya, pada hari yang sama juga, saya telah memeriksa kualiti air dalam akuarium tersebut.
Nilai pH adalah 8.15 dan suhu air stabil iaitu 27.2 °C.
Saya juga telah melakukan penukaran air di akuarium tersebut sebanyak 50%.
Berdasarkan gambar diatas, saya sertakan 2 gambar anak-anak ikan yang telah dijaga dirumah selama hampir 2 bulan. Ikan yang panjangnya berukuran 2.3 cm diatas adalah anak ikan yang batch pertama sekali yang dilahirkan dan hanya tinggal ia seekor sahaja. Saya perhatikan, tubuh badan anak ikan tersebut semakin membesar dan ia adalah seekor betina.
Manakala ikan yang berukuran 2.1 cm panjangnya adalah ikan yang dilahirkan second batch. Namun beza antara hari mereka dilahirkan tidak jauh. Anak-anak ikan tersebut semuanya sihat dan aktif.
Apa yang dapat disimpulkan oleh saya ialah, saya amat berpuas hati dengan tanggungjawab saya dan dapat capai objektif utama saya iaitu dapat membuat ikan pilihan saya iaitu Black Molly, Poecilia sphenops membiak dan beranak. Anak-anak ikan yang dijaga oleh saya kesemuanya sihat dan membesar dari hari ke hari. Tiada seekor pun anak ikan yang mati. Itu juga adalah satu kegembiraan semasa proses menjaganya.
Saya juga ingin berterima kasih kepada Dr Lok dan kawan-kawan saya yang banyak membantu semasa proses penjagaan ikan dari segi tunjuk ajar untuk setup filter, setup akuarium, bawa pergi beli ikan, beli barang decoration akuarium, dari segi masa pengorbanan masa dan sebagainya :)