1. Beli/penyediaan akuarium ikan.
Akuarium dibersihkan dahulu sebelum digunakan. Ikan Molly sesuai diternak dalam akuarium yang mempunyai lebih banyak ruang yang besar.
Hal ini kerana untuk memudahkan pergerakan berenang mereka serta boleh mencari ruang shelter daripada ikan yang agresif yang boleh menyebabkan stres.
Bagi saya, akuarium yang besar dapat memudahkan urusan kita untuk membersihkannya.
2. Letakkan sebarang hiasan di dalam akuarium.
Pilih hiasan seperti batu, penapis udara dan kerikil hiasan seperti pasir atau batu halus kristal yang menarik.
Ikan molly harus mempunyai ruang yang cukup untuk berenang dengan bebas, tetapi hiasan turut diseimbangkan didalam akuarium supaya ikan dapat bersembunyi daripada pemangsa atau ikan yang agresif.
3. Meletakkan tumbuhan airtawar di bawah substrat (jika perlu).
i. Bahagian atas hendaklah 2 inci iaitu benda yang kukuh, seperti pasir dan batu kerikil.
ii. Bahagian bawah hendaklah 1-2 inci bahan yang kaya dengan nutrien.
4. Isi tangki dengan air berhampiran bahagian atas.
Isi air sehingga 2 inci (4 cm) adalah yang disarankan (ideal).
Air akuarium perlu ditukar secara teratur minimum harian, atau sebanyak 30% seminggu, adalah disyorkan.
5. Elakkan daripada meletakkan garam ke dalam akuarium.
6. Pasang penapis (filter) dengan cara yang betul.
Air harus mempunyai tahap pH yang neutral antara 7 dan 8.
Sesetengah pakar mengesyorkan meningkatkan pH dengan hanya sedikit, kepada 8.4.
Penyelenggaraan pada penapis perlu dipantau dan diperhatikan.
7. Air akuarium dibiarkan ia berkitaran (cycle) sebelum memasukkan ikan.
8. Boleh mula membuat pemilihan spesis ikan molly yang diinginkan.
9. Pembelian ikan molly.
Pergi ke kedai haiwan peliharaan yang berdekatan dan pilih ikan jantan dan betina.
Ikan molly amat mudah untuk dibiak.
"Male molly have a gonopodium, a long stick-like fin used to fertilize the female, on his lower half".
"Female molly have a softer, fan-shaped anal fin, which is also on the lower half of the body".
10. Pindahkan ikan ke dalam akuarium.
Apabila menyesuaikan (acclimitize) ikan baru ke dalam akuarium, apungkan beg/plastik di dalam akuarium selama 15 minit untuk melaraskan suhu.
Kemudian, uji pH air dalam beg/plastik dan bandingkan dengan pH akuarium sedia ada. Air dalam beg dan akuarium harus mempunyai pH yang sama sebelum anda menambah ikan baru.
Sebaiknya tutup lampu akuarium untuk mengurangkan tekanan pada ikan baru.
11. Benarkan ikan melakukan persenyawaan antara satu sama lain.
Molly adalah ikan hierarki.
Mana-mana ikan jantan yang mempunyai sirip terbesar dan warna paling berani akan mendahului.
Ini bermakna gabungan ideal ikan jantan dan betina adalah satu jantan untuk berbilang betina. (1 Jantan : 2 Betina)
Jika persenyawaan antara ikan Molly jantan dan betina berjaya, anak akan dilahirkan dalam masa 3 hingga 5 minggu.
12. Keluarkan dan asingkan ikan Molly betina daripada akuarium sebelum ia melahirkan anak.
Letakkan ikan betina dalam akuarium khas “nursery/nursing" yang berasingan jika boleh. Hal ini kerana ikan jantan sering mengejar ikan betina dan boleh menyebabkan tekanan pada betina yang “gestation” atau mengandung.
Kita akan dapat mengetahui ikan betina “gestation” melalui pemerhatian pada perut ikan tersebut yang buncit dan besar serta “gravid spot”.
Apabila ia melahirkan anak, keluar ikan betina tersebut daripada akuarium “nursing” untuk melindungi anak daripada dimakan oleh ibunya.
13. Perkenalkan semula ikan betina ke dalam akuarium utama.
Ikan Molly betina boleh memakan anaknya sendiri, jadi lebih baik memindahkannya semula ke dalam akuarium bersama ikan lain untuk keselamatan anak ikan.
Walau bagaimanapun, kira-kira sekali sebulan, ibu mungkin perlu diasingkan semula kerana ikan molly betina boleh mengekalkan beberapa telur yang disenyawakan selama hampir setengah tahun.
14. Beri makan pada larvae (anak ikan).
Artemia sp. yang hidup atau beku, adalah sumber makanan pilihan.
Ikan molly juga memakan alga, yang merupakan makanan utama mereka di alam liar.
15. Tunggu anak ikan membesar sehingga ia matang.
Ia akan mengambil masa hampir dua bulan untuk dapat membezakan jantan dan betina.
Apabila saiznya bertambah dua kali ganda, mungkin selamat untuk memasukkannya ke dalam akuarium utama bersama ikan yang lain.
Satu lagi cara yang baik untuk mengetahui sama ada ia selamat untuk berinteraksi dengan ikan lain ialah jika ia terlalu besar untuk dimuatkan ke dalam mulut ikan lain.
16. Asingkan ikan jantan dan betina.