Hai, salam sejahtera Dr Lok dan kawan-kawan!! Welcome to Yaya's aquarium!! Yaya akan berkongsi tentang bagaimana bermulanya task pembiakan ikan hiasan mengikut jenis spesis ikan yang dipilih, antaranya ialah perkembangan seharian, fakta tentang spesis ikan hiasan, apa yang perlu ada semasa pengendalian ikan hiasan. Spesis pilihan ikan hiasan saya ialah Black Molly, Poecilia sphenops. Tujuan utama Dr Lok bagi task individu ini adalah untuk melihat samada kami mampu atau tidak untuk membiakkan jenis spesis ikan hiasan tersebut. Untuk pengetahuan semua, kepelbagaian spesis ikan hiasan mempunyai tingkah laku pembiakan yang unik. Jadi, saya berharap dengan perkongsian saya ini di "Diari Pembiakan Black Molly" dapat menginspirasikan perasaan ingin tahu dan mengambil berat tentang kepentingan hidupan akuatik yang unik melalui task individu ini. Enjoy guys!!!!