TATACARA PERMOHONAN SURAT PENYELIDIKAN

PERMOHONAN SURAT PENYELIDIKAN 



Senarai Maklumat Felo mengikut program:-


TARIKH PENTING PENGHANTARAN & PROSES PERMOHONAN ETIKA PELAJAR​ PROGRAM KEDOKTORAN, SARJANA & SARJANA MUDA​ KOLEJ PENGAJIAN SENI KREATIF UiTM SESI OKTOBER 2023 – FEBRUARI 2024

Perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa setiap staf dan pelajar yang akan melakukan penyelidikan bagi memenuhi keperluan kursus hendaklah memohon kelulusan etika penyelidikan dari Jawatankuasa Penilaian Etika Penyelidikan (CERC) di peringkat kolej dan UiTM.   Etika penyelidikan ini adalah untuk memastikan soalan-soalan di dalam questionnaire bagi setiap kajian yang melibatkan manusia mengamalkan prinsip melindungi hak, maruah dan kepentingan yang melibatkan penyertaan manusia.   Setiap permohonan hendaklah menggunakan borang / Lampiran yang telah ditetapkan (Sarjana Muda & PostGrad (Kerja Kursus)) atau melalui Sistem RED (Postgrad (Penyelidikan)).

Oleh itu, pihak Jawatankuasa telah menyediakan Jadual Aktiviti Penghantaran dan Proses Permohonan Etika Penyelidikan bagi semester Oktober 2023 - Februari 2024 yang dilampiran atau boleh dimuaturun pada pautan yang berikut : 

https://kpsk.uitm.edu.my/index.php/component/content/article?id=30&Itemid=101

Mohon perhatian dan kerjasama seperti yang berikut :

✳️PIC/Felo/Penyelaras mengikut Bidang/Jabatan/Program hendaklah memberikan taklimat  sewajarnya berkaitan etika penyelidikan kepada pelajar yang bakal dan perlu melakukan penyelidikan bagi semester ini bagi memenuhi keperluan kursus.

✳️Pensyarah (penyelia) hendaklah menghebahkan tarikh-tarikh penting proses ini dan membimbing pelajar untuk memohon etika penyelidikan ini. 

✳️Pelajar perlu memenuhi keperluan yang ditetapkan terutama pengisian borang dan menyediakan lampiran yang diperlukan untuk dibawa ke mesyuarat berkaitan.

Sekian, untuk makluman dan tindakan semua.  Terima kasih.

b/p PM. Dr. Norfadilah Kamaruddin, Pengerusi CERC KPSK UiTM