PERMOHONAN MINI TRANSKRIP PELAJAR

PERMOHONAN MINI TRANSKRIP


Bermula 1hb Disember 2021, permohonan salinan mini transkrip adalah melalui istudent Portal. Pelajar perlu membuat bayaran RM1 untuk setiap permohonan dan salinan mini transkrip akan disimpan dalam istudent portal pelajar selama 3 bulan. Selepas tempoh tersebut, pelajar perlu membuat permohonan baru. Mini transkrip akan diluluskan sekiranya pelajar tiada tunggakan denda/yuran, semakan peperiksaan dan lain-lain.


Kaedah permohonan adalah seperti dibawah:-


1. Layari laman web

https://istudent.uitm.edu.my


2. Masukkan Login ID dan kata laluan iStudent Portal.


3. Sila klik eAcademic > Mini Transkrip.


4. Untuk permohonan baru, klik New Application.


5. Sila pilih Purpose for Applying Mini Transcript. Klik Submit Application.


6. Klik Make Payment. Pelajar dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM1.00 sahaja.


7. Pelajar akan dapat memuat naik mini transkrip dalam tempoh 24 jam setelah permohonan diluluskan.


8. Untuk mendapatkan mini transkrip yang telah dijana. Pelajar dikehendaki Login kembali ke menu Mini Transkrip.


9. Klik Download Mini Transcript.  an sekiranya pelajar tiada tunggakan denda/yuran, semakan peperiksaan dan lain-lain.


ATAU


Jika pelajar berstatus TAMAT, pelajar perlu memohon OFFICIAL MINI TRANSCRIPT dari pihak konvokesyen.


Setelah disemak, saudara/i telah pun TAMAT. Mohon untuk terus berhubung dengan pihak konvokesyen di talian +603-5544 3127/3131 atau emel ke alamat murni866@uitm.edu.my


Sekian, terima kasih.