INFORMASI BERKAITAN AKADEMIK DAN HAL EHWAL PELAJAR
Para pelajar boleh membuat permohonan mengenai urusan dokumen akademik dengan memilih kategori - kategori urusan seperti di bawah :-
e-Urusan
Permohonan secara online
BUKU PERATURAN AKADEMIK UiTM (PINDAAN 2021)
JADUAL WAKTU KULIAH
JADUAL WAKTU KULIAH SESI 20242 (MAC - OGOS 2024)
Jadual penggunaan ruang di KPSK Puncak Alam (dari sistem iCRESS)- akan dikemaskini
Kursus Utama (Seliaan KPSK) - Rujuk Penasihat Akademik
Pilih sheet ADPA. Kursus Third Language yang ditawarkan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda KPSK Puncak Alam adalah Bahasa Arab, Mandarin dan Jepun.
Kursus English (ELC) : Seliaan Akademi Pengajian Bahasa - akan dikemaskini
Pilih sheet Alam Bina & Kumpulan KAB.
Kursus CTU (ACIS) - akan dikemaskini
Pilih sheet AD PALAM
Kursus UiTM Wide (Kod Kursus ENT) - akan dikemaskini
Info HEP KPSK
Segala pemakluman/info HEP sila klik HEP KPSK
KAD SISWA
SENARAI NAMA PELAJAR KPSK UiTM KAMPUS PUNCAK ALAM YANG BELUM MENGAMBIL KAD SISWA BAGI SES1 & 2. PELAJAR BOLEH MENGAMBIL KAD SISWA DIKAUNTER PEJABAT PENTADBIRAN ARAS 5, KPSK UiTM KAMPUS PUNCAK ALAM DENGAN KADAR SEGERA, TERIMA KASIH.
PEMAKLUMAN KAD SISWA
Untuk makluman pihak kami menerima banyak panggilan daripada pelajar berkaitan dengan isu kad KPS. Oleh yang demikian, Bahagian Infostruktur memohon agar maklumat ini dapat disampaikan terlebih dahulu bagi mengelakkan kekeliruan oleh pihak Fakulti/Kolej Pengajian dan pelajar khususnya.
Bagi Pelajar baru Semester September (20234), Pelaksanaan Kad Prihatin Siswa (KPS) Fasa 3 akan dijalankan pada bulan Oktober 2023. Tarikh, masa dan lokasi akan kami maklumkan tidak lama lagi.
Bagi pelajar lama yang belum mengambil kad, pelajar boleh datang ke fakulti masing-masing untuk membuat semakan. Jika kad tiada di fakulti, pelajar boleh terus datang ke Pejabat Operasi ICT, Aras 5, Plaza Satelit B bagi semakan dan cetakan kad. Pejabat akan dibuka setiap hari (waktu bekerja) bermula jam 9:00pagi - 5:00petang.
Terdapat kes dimana akaun bank pelajar tidak aktif memandangkan tiada transaksi dibuat sepanjang akaun diwujudkan (240 hari). Kad tidak boleh digunakan dan perlu ditukar. Pelajar boleh hadir di mana mana UiTM cawangan yang terdekat bagi proses cetakan kad baru. Tiada bayaran akan dikenakan.
Terdapat kes dimana pelajar lupa no pin kad sehinggakan kad disekat. Pelajar perlu membuat membuat kad baru. Pelajar boleh hadir di mana mana UiTM cawangan yang terdekat bagi proses cetakan kad baru. Bayaran AKAN dikenakan sebanyak RM50.00.
Jika berlaku kehilangan atau kerosakan kad Prihatin Siswa, apakah yang perlu dibuat oleh pelajar UiTM ?
Segera menghubungi dan melaporkan kehilangan kad Prihatin Siswa kepada pihak bank RHB.
Bagi tujuan penggantian kad, pelajar tidak perlu hadir ke cawangan bank RHB kerana kad Prihatin Siswa hanya boleh diperolehi/dicetak di kampus UiTM pelajar tersebut sahaja.
Bayaran sebanyak RM50 perlu dijelaskan oleh pelajar sama ada di kaunter Bendahari/Pejabat Kewangan UiTM atau secara atas talian di kad.uitm.edu.my sebelum cetakan kad Prihatin Siswa dapat dibuat.
Kad Prihatin Siswa yang baru dicetak/diperolehi oleh pelajar UiTM, ianya perlu diaktifkan dengan akaun Simpanan-i Pro sedia ada dengan hadir ke cawangan bank RHB yang berhampiran supaya transaksi perbankan boleh dibuat.
Pelajar boleh merujuk FAQ terkini melalui pautan berikut :
https://www.rhbgroup.com/files/personal/deposits/mysiswa-faq.pdf
Sila ambil maklum bahawa sebarang aduan & pertanyaan berkenaan Kad Prihatin Siswa boleh diajukan oleh pelajar kepada RHB Customer Contact Centre ditalian 03-92068118 atau emel customer.service@rhbgroup.com. Untuk memudahkan urusan & maklumbalas, pelajar disarankan menyediakan maklumat berikut
Isu :
Nama Pelajar :
No Kad Pengenalan/Passport Pelajar :
No Pelajar :
No. Telefon Pelajar :
Universiti/Kampus:
Tarikh & Cawangan RHB yang dikunjungi (jika berkenaan):
Isu Pelajar :
Sekian, terima kasih.