Ini seperti yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ
Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu.
Riwayat Muslim (1955)
Hadith Baginda SAW, bahawa seorang wanita di azab di neraka lantaran tidak memiliki sikap belas ihsan terhadap seekor kucing:
دَخَلَتِ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا، فَلَمْ تُطْعِمْهَا، وَلَمْ تَدَعْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ
Maksudnya: “Seorang wanita masuk ke dalam neraka kerana seekor kucing yang ditambatnya tanpa diberikan makan, dan dia tidak melepaskan kucing tersebut untuk makan sendiri binatang yang berkeliaran di atas muka bumi.”
Riwayat al-Bukhari (3318) dan Muslim (2619)
Kami menyatakan bahawa setiap manusia itu lebih utama untuk berusaha dalam memastikan dirinya ditempatkan oleh Allah S.W.T ke dalam syurga melalui amalan soleh di dunia. Seperti yang diketahui, menjaga kebajikan haiwan-haiwan peliharaan adalah termasuk dalam amalan soleh yang boleh membawa seseorang menuju ke syurga.
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ketika ada seorang lelaki sedang berjalan di suatu jalan ia merasa sangat haus. Lalu ia menemukan sebuah sumur kemudian dia turun ke dalamnya lalu ia minum dan kemudian keluar. Tiba-tiba ada seekor anjing yang menjulurkan lidahnya.
Akibat kehausan ia terpaksa makan tanah lembap.
Orang itu lalu berkata, “Anjing ini kehausan seperti yang aku alami.” Lalu ia turun ke sumur itu kemudian mengisi sepatunya dengan air dan memegangnya dengan mulut lalu memberi minum anjing itu. Maka, Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuninya.”
Sahabat kemudian bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah terhadap haiwan-haiwan ada pahala bagi kami?” Baginda bersabda, “Pada setiap makhluk hidup mendapat pahala.” (Hadis Riwayat Muslim)
Jelas, amalan menjaga, merawat atau memberi makanan serta minuman kepada haiwan terbiar adalah amalan yang sangat terpuji dan mulia di sisi agama.
Ambil dan rawatlah kucing jalanan yang berada di sekitar kediaman atau tempat awam yang boleh mengancam nyawa dan keselamatan kucing jalanan atau terbiar.
Sekiranya tidak mampu untuk merawat, jadilah seorang penderma untuk mereka samaada terus memberikan makan dan minum kepada haiwan atau berikan sumbangan berbentuk wang ringgit atau keperluan haiwan kepada Persatuan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendafataran Persatuan Malaysia yang menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada haiwan-haiwan.
Sekiranya tidak mampu untuk menjadi penderma, jadilah seorang sukarelawan untuk mereka melalui program-program anjuran Jabatan Kerajaan atau Persatuan Bukan Kerajaan untuk menjaga kebajikan haiwan.
Sekiranya tidak mampu untuk menjadi sukarelawan, cukup sekadar berkongsi informasi kepada yang mampu menjadi penderma atau sukarelawan kepada mereka. Selain itu ia mampu memberikan kesedaran kepada semua masyarakat dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang manusia kepada haiwan.
CARA MEMBERIKAN SUMBANGAN
toyyibpay.com/Catch-Neuter-Release-Program
toyyibpay.com/Makanan-Penjagaan
toyyibpay.com/Penjaga-Kucing-Jalanan
toyyibpay.com/RawatanKucing-Jalanan