Tujuan Trap-Neuter-Return (TNR)
Trap-Neuter-Return (TNR), pendekatan yang berperikemanusiaan untuk menangani peningkatan populasi komuniti kucing terbiar atau jalanan, ia berfungsi menyelamatkan nyawa komuniti kucing jalanan. TNR memperbaiki kehidupan kucing, menangani masalah masyarakat, mengurangkan aduan mengenai kucing, dan menghentikan kitaran pembiakan.
TNR meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang hakikat hidup atau wujud pada masa yang sama atau di tempat yang sama
di antara kucing liar dan manusia di persekitaran kita. Inilah sebabnya mengapa begitu banyak bandar menerapkannya.
Apa itu Trap-Neuter-Return?
Dalam program ini, komuniti kucing jalanan atau terbiar akan di tangkap atau di perangkap oleh sukarelawan dengan menggunakan perangkap kucing untuk di bawa ke klinik haiwan berdekatan untuk diberikan rawatan, menjalani proses pemandulan dan vaksinasi kemudian dilepaskan semula ke kawasan yang selamat untuk mereka tinggal dan menjalani kehidupan mereka.
TNR bukan sekadar menyelamatkan kucing hari ini: masa depan kawalan dan perlindungan haiwan. Setiap tahun, semakin banyak tempat perlindungan menjalankan program TNR (atau Shelter-Neuter-Return) untuk menyelamatkan lebih banyak kucing dan memperbaiki komuniti mereka. Sertai Kelab Pencinta Kucing Jalanan Pontian dan bantu kami menyebarkan berita. Anda juga boleh membawa TNR ke komuniti anda!