Kucing-kucing ini merupakan kucing jalanan atau kucing terbiar yang telah kami tangkap, rawat dan jaga sementara menunggu untuk diserahkan kepada keluarga angkat mereka. Kebanyakkan mereka berumur bawah 1 tahun dan bagi memudahkan urusan keluarga baru mereka, pihak kelab akan menjadualkan vaksinasi bulanan atau tahunan mereka dengan klinik haiwan yang bekerjasama dengan pihak kami.
Kami mengalu-alukan semua pihak yang berminat untuk menjadikan mereka sebagai sebahagian daripada keluarga besar saudara-saudari, boleh terus hubungi kami melalui:
Whatapps : https://wa.me/message/VHWX3XZTFK5ZC1
Facebook page : https://www.facebook.com/Kelab-Pencinta-Kucing-Jalanan-Pontian-181839950055785
E-mail : pontianstraycatlover2021@gmail.com
Kucing jalanan yang di ambil daripada Kelab Pencinta Kucing Jalanan Pontian telah lengkap vaksinasi permulaan dan diteruskan dengan vaksin tahunan.
Sekiranya pemilik baru berminat untuk mengambil kucing sebelum vaksinasi permulaan lengkap mengikut jadual ditetapkan veterinar, deposit RM100.00 perlu diberikan bagi mengelakkan kucing yang telah di ambil tidak divaksinkan oleh pemilik baru. Deposit akan dipulangkan setelah vaksinasi permulaan lengkap dengan menunjukkan buku vaksinasi yang telah disahkan oleh veterinar bertauliah. Deposit tidak dipulangkan sekiranya ia melebihi 1 tahun tidak hadir untuk menuntut pemulangan selepas lengkap jadual vaksinasi permulaan.
Pemilik yang berminat untuk mengambil kucing jalanan di bawah jagaan Kelab Pencinta Kucing Jalanan Pontian wajib untuk menderma seikhlas hati (minima RM100.00) bagi membantu kucing-kucing jalanan yang lain samaada sudah ada dalam jagaan Kelab Pencinta Kucing Jalanan Pontian atau masih berada di kawasan awam.
Hanya kucing terbiar atau jalanan yang berumur bawah 1 tahun sahaja yang akan di jaga dan di rawat oleh Kelab Pencinta Kucing Jalanan Pontian untuk melatih dan menjaga kesihatan termasuk pemandulan mereka sebelum dilepaskan kepada pemilik atau kawasan yang selamat untuk didiami oleh kucing terbiar atau kucing jalanan.
Keluarga baru kucing jalanan wajib untuk menjaga kebajikan dan keselamatan kucing mengikut AKTA KEBAJIKAN HAIWAN 2015.
Tiada pemulangan kucing jalanan yang telah di ambil oleh pemilik. Sekiranya ada pemilik yang ingin pihak Kelab Pencinta Kucing Jalanan Pontian mengambil dan menjaga kucing mereka, pihak pemilik perlu membayar kos vaksinasi, pemandulan dan penjagaan untuk selama sebulan (akan diberikan ketika perbincangan).
Segala derma/ pembayaran deposit bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang kewajipan sebagai manusia kepada haiwan. Derma akan digunakan untuk meneruskan pengambilan dan rawatan kucing terbiar atau jalanan yang memerlukan rawatan dan penjagaan. Pembayaran deposit untuk mengelakkan pemilik tidak menvaksinkan kucing mereka.