Pembedahan Rekonstruktif
Memperbaiki dan membentuk semula penampilan serta fungsi wajah dan badan yang disebabkan oleh kecacatan kelahiran dan perkembangan, kecederaan, atau penyakit.
Pembedahan Rekonstruktif
Memperbaiki dan membentuk semula penampilan serta fungsi wajah dan badan yang disebabkan oleh kecacatan kelahiran dan perkembangan, kecederaan, atau penyakit.
SUMBING BIBIR & SUMBING LELANGIT
Sumbing bibir dan sumbing lelangit adalah kecacatan kelahiran yang agak biasa yang menjejaskan kanak-kanak semasa peringkat awal perkembangan janin menyebabkan pembentukan bibir atas dan/atau lelangit yang tidak lengkap.
Pembedahan rekonstruktif ini bertujuan untuk membaiki dan membetulkan perkembangan yang tidak normal dengan mengembalikan fungsi bibir dan mulut kepada penampilan yang hampir normal, meningkatkan keupayaan kanak-kanak dari segi pemakanan, pertuturan, pendengaran dan pernafasan. Prosedur ini mungkin melibatkan insisi pada sumbing untuk membantu penutupan sumbing dan pembentukan bibir cupid’s bowl serta meninggalkan parut di kontur bibir atas dan hidung.
Pembedahan sumbing akan dilakukan secara berperingkat dan bukan hanya dalam satu pembedahan. Perundingan dengan pakar-pakar lain juga dilakukan untuk memastikan hasil pembedahan yang terbaik.
Pemulihan
Pembalut mungkin akan diletakkan pada bahagian insisi.
Bengkak, lebam, dan sakit adalah gejala-gejala yang biasa dialami.
Kekangan pada kanak-kanak mungkin digunakan untuk mengelakkan kecederaan di kawasan pembedahan.
Digalakkan untuk mengelakkan aktiviti lasak dan berenang selama 4 minggu.
Parut akan pudar, tetapi parut tidak akan hilang sepenuhnya. Penjagaan yang baik dan perlindungan dari matahari selepas pembedahan agak penting untuk mengelakkan parut yang tidak sekata.
PEMBEDAHAN KANSER
Pembedahan kanser yang dijalani oleh pakar bedah plastik melibatkan teknik khusus untuk membuang pertumbuhan kanser dan lesi kulit sambil menjaga kesihatan dan penampilan pesakit.
Memandangkan prosedur ini banyak bergantung pada kes individu, pesakit dinasihatkan untuk berunding dengan saya bagi membincangkan pendekatan yang terbaik untuk pembedahan ini. Kemoterapi, radioterapi atau rawatan adjuvan yang lain mungkin diperlukan.
Sebagai seorang pakar bedah plastik, keutamaan saya adalah untuk membuang kanser sepenuhnya diikuti dengan pembinaan semula bahagian kecacatan untuk mengurangkan kecacatan dan parut.
PENETAPAN FRAKTUR (PATAH) MUKA
Pembedahan penetapan fraktur ialah prosedur yang sering dilakukan untuk membaiki dan memulihkan struktur tulang yang patah yang biasanya disebabkan oleh trauma kepada keadaan asalnya bagi meningkatkan estetika dan fungsi muka.
Tulang muka boleh patah semasa kemalangan atau serangan. Keadaan ini boleh mengakibatkan asimetri muka atau kehilangan fungsi jika fraktur tulang berhampiran dengan mata atau rahang. Tulang akan dipulihkan ke kedudukan normal bergantung kepada lokasi fraktur tulang dan implan akan diletakkan untuk mengekalkannya dalam kedudukan yang betul semasa proses penyembuhan.
Masa dan proses pemulihan mungkin berbeza bergantung kepada saiz, kawasan dan prosedur pembedahan. Prosedur lain seperti pembedahan rekonstruktif mungkin ditambahkan untuk memberi hasil yang lebih baik.
Pengubahsuaian gaya hidup mungkin diperlukan semasa proses penyembuhan tulang.