Pembedahan Muka
Meremajakan dan menyerlahkan seri wajah daripada penuaan, kemalangan besar atau masalah perubatan.
Pembedahan Muka
Meremajakan dan menyerlahkan seri wajah daripada penuaan, kemalangan besar atau masalah perubatan.
BLEFAROPLASTI (PEMBEDAHAN KELOPAK MATA)
Blefaroplasti ialah prosedur yang menyingkirkan kulit, otot dan tisu lemak yang berlebihan dari kelopak mata atas untuk memperbaiki penutupan kelopak mata atas dan mengurangkan kantung di kelopak mata bawah.
Tujuan utama pembedahan ini adalah untuk memperbaiki penampilan kawasan sekeliling mata, supaya mata kelihatan lebih cerah dan segar, serta meningkatkan penglihatan akibat kelopak mata kendur obstruktif. Penampilan yang letih disebabkan oleh kelopak mata yang terkulai adalah antara sebab utama ramai pesakit menjalani prosedur ini.
Prosedur pembedahan kelopak mata atas melibatkan insisi dalam lipatan semula jadi kelopak mata, manakala insisi bagi kelopak mata bawah adalah di bawah garis bulu mata.
Pemulihan
Sakit, bengkak, kerengsaan, dan ketidakselesaan di sekitar kelopak mata adalah gejala-gejala yang biasa dialami selama 2-3 minggu.
Kain kasa mungkin diperlukan untuk menutup mata selama beberapa hari.
Cermin mata hitam disyorkan untuk melindungi mata daripada kerengsaan yang disebabkan oleh matahari dan habuk selama 1-2 minggu.
Anda mungkin akan mengalami mata kering selama 1-2 minggu.
Kebanyakan pesakit akan dapat melakukan pekerjaan atau aktiviti ringan selepas 1-2 minggu bergantung kepada kadar pemulihan.
Digalakkan untuk mengelakkan aktiviti lasak dan berenang selama 4 minggu.
Parut akan pudar, tetapi parut tidak akan hilang sepenuhnya. Penjagaan yang baik selepas pembedahan agak penting untuk mengelakkan parut yang ketara atau kehilangan bahagian kulit.
PENGANGKATAN MUKA (FACELIFT/ RITIDEKTOMI)
Pengangkatan muka (facelift/ ritidektomi) ialah prosedur pembedahan yang membentuk semula muka akibat tanda-tanda penuaan yang jelas seperti kulit kendur dan longgar, garis lipatan dan lemak lebihan di sekitar muka dan leher.
Selepas berunding dengan doktor mengenai kawasan, kaedah dan jenis pengangkatan muka, insisi akan dibuat berdasarkan jenis pengangkatan muka yang dipilih untuk mengeluarkan dan menempatkan semula kulit atau lemak muka, serta mengencangkan otot muka.
Perokok mempunyai risiko komplikasi yang lebih tinggi dan mereka akan diminta untuk berhenti merokok sekurang-kurangnya sebulan sebelum pembedahan dijalankan.
Pemulihan
Sakit dan bengkak adalah gejala-gejala yang biasa dialami selama beberapa minggu.
Pembalut mungkin digunakan untuk mengurangkan bengkak dan lebam.
Tiub saliran kecil mungkin akan diletakkan di bawah kulit selama 1-2 hari.
Kebanyakan pesakit akan dapat melakukan pekerjaan atau aktiviti ringan selepas 2-3 minggu bergantung kepada kadar pemulihan dan jenis pengangkatan muka yang dijalankan.
Digalakkan untuk mengelakkan aktiviti lasak dan berenang selama 4 minggu.
Parut akan pudar, tetapi parut tidak akan hilang sepenuhnya. Penjagaan yang baik selepas pembedahan agak penting untuk mengelakkan parut yang ketara atau kehilangan bahagian kulit.
RAWATAN ESTETIK TANPA PEMBEDAHAN
PENGISI & BOTOX
Rawatan estetik tanpa pembedahan merangkumi penyuntikan pengisi kulit, lemak atau Botox® di bawah kulit untuk meningkatkan kontur, simetri, dan bentuk muka tanpa menjalani sebarang pembedahan. Prosedur ini dapat mengurangkan tanda-tanda penuaan dalam tempoh masa yang singkat.
Pengisi kulit memulih kelentangan wajah dan melembutkan garis muka untuk menghasilkan bibir yang nipis dan gebu, meningkatkan kontur wajah, melembutkan kerutan wajah, serta memperbaiki penampilan parut.
Botox® ialah prosedur tanpa pembedahan yang mengandungi toksin yang melumpuhkan pergerakan otot buat sementara waktu bagi mengurangkan garis kerutan dan kedutan di dahi, sekitar mata, dan leher. Botox® juga biasa digunakan untuk melegakan sakit kepala akibat migrain, peluh berlebihan, dan kekejangan otot di leher dan mata.
Pemulihan
Lebam, bengkak dan pendarahan adalah gejala-gejala yang biasa dialami untuk prosedur ini.
Otot yang berdekatan dengan kawasan suntikan mungkin menjadi lemah
PEMBEDAHAN PAROTID
Pembedahan Parotid ialah prosedur yang mengeluarkan seluruh atau sebahagian kelenjar air liur di pipi, biasanya disebabkan oleh kanser kelenjar parotid atau jangkitan berulang di kelenjar tersebut. Saiz tumor boleh bertambah dari semasa ke semasa, oleh itu penyingkiran kelenjar air liur adalah penting untuk mengelakkan kerosakan selanjutnya pada tisu dan saraf muka.
Prosedur pembedahan parotid memerlukan ketepatan yang tinggi supaya tidak mencederakan saraf fasialis yang mengawal otot dan pergerakan muka.
Pemulihan
Sakit dan bengkak adalah gejala-gejala yang biasa dialami selama beberapa minggu.
Ketidakselesaan di bahagian rahang semasa makan selama 4 minggu.
Kebas di bahagian telinga atau bahagian yang berdekatan dengan tempat insisi.
Kebanyakan pesakit akan dapat melakukan pekerjaan atau aktiviti ringan selepas 3 minggu bergantung kepada kadar pemulihan pesakit.
RINOPLASTI
Rinoplasti ialah prosedur yang membentuk semula hidung untuk meningkatkan simetri dan perkadaran muka atau membetulkan masalah pernafasan yang disebabkan oleh kecacatan struktur hidung. Prosedur ini termasuk menukar tulang, rawan, atau kulit hidung.
Prosedur ini boleh dilakukan di dalam hidung atau melalui insisi kecil di bahagian bawah hidung dan antara dua lubang hidung. Proses pembedahan ini mungkin berbeza bagi setiap individu kerana setiap pembedahan adalah unik dan khusus berdasarkan anatomi dan tujuan rawatan pesakit.
Pemulihan
Ketidakselesaan, sakit, dan bengkak adalah gejala-gejala yang biasa dialami untuk prosedur ini.
Hidung mungkin berasa tersumbat disebabkan oleh bengkak di dalam hidung.
Elakkan meniup atau menekan hidung.
Digalakkan untuk mengelakkan aktiviti lasak selama 6 minggu.
Penjagaan yang baik selepas pembedahan agak penting untuk mengelakkan parut yang ketara, kegelapan atau kehilangan bahagian kulit.
Pemindahan lemak
Pemindahan lemak juga dikenali sebagai suntikan lemak atau cantuman lemak, merupakan prosedur yang melibatkan pemindahan lemak berlebihan dari bahagian seperti paha luar untuk tujuan pengisian dan pelicinan garis atau kedutan kulit. Prosedur ini biasanya digunakan untuk menambah baik tisu-tisu muka, payudara, punggung, dan tangan. Lemak yang dipindahkan juga boleh digunakan di kulit yang rosak seperti luka kronik atau kulit selepas rawatan radioterapi.
Pemulihan
Hasil pada peringkat awal mungkin kelihatan keterlaluan, namun bahagian tersebut akan menyusut dari semasa ke semasa disebabkan oleh pecahan sel-sel lemak.
Beberapa sesi suntikan lemak mungkin diperlukan untuk mencapai hasil yang diingini.
Bengkak dan lebam adalah gejala-gejala yang biasa dialami pada minggu pertama.
Kebanyakan pesakit akan dapat melakukan pekerjaan atau aktiviti ringan selepas 1-2 minggu bergantung kepada kadar pemulihan.