Pembedahan Payudara
Membina jenis payudara yang anda diingini – daripada pembedahan kanser payudara ke pembesaran payudara
Pembedahan Payudara
Membina jenis payudara yang anda diingini – daripada pembedahan kanser payudara ke pembesaran payudara
PEMBESARAN PAYUDARA
(AUGMENTASI MAMOPLASTI)
Pembesaran payudara (augmentasi mamoplasti) ialah prosedur pembedahan yang menggunakan implan atau pemindahan lemak untuk membesarkan payudara. Prosedur ini juga boleh meningkatkan simetri kedua-dua payudara.
Prosedur ini melibatkan sesi konsultasi dengan saya untuk membincang pilihan pembedahan pembesaran yang terbaik, jenis implan, kedudukan implan, dan risiko prosedur. Bagi kes implan, insisi biasanya akan dibuat di bawah payudara untuk memasukkan implan. Saya menasihati pesakit saya agar memilih penampilan payudara yang kelihatan semula jadi berbanding dengan pembesaran yang kelihatan ketara. Namun begitu, pilihan muktamad terletak di tangan pesakit.
Pemindahan lemak merupakan prosedur yang akan dilakukan secara berperingkat dan saiz payudara akan berubah apabila anda menambah atau mengurangkan berat badan. Pada sesetengah pesakit, lokasi Kompleks Areolar Puting (Nipple Areolar Complex, NAC) mungkin perlu dipindahkan sama ada semasa pembesaran payudara atau sebelumnya untuk mencapai hasil yang optimum.
Pembesaran payudara semakan juga boleh dilakukan tetapi prosedur ini memerlukan perbincangan yang lebih terperinci mengenai perubahan payudara.
Pemulihan
Ketidakselesaan dan bengkak adalah gejala-gejala yang biasa dialami selama beberapa minggu.
Pakaian sokongan atau bra sukan mungkin diperlukan selama 4 hingga 6 minggu.
Kebanyakan pesakit akan dapat melakukan pekerjaan atau aktiviti ringan selepas 1-2 minggu bergantung kepada kadar pemulihan.
Digalakkan untuk mengelakkan aktiviti lasak yang melibatkan lengan dan berenang selama 6-8 minggu.
Parut akan pudar, tetapi parut tidak akan hilang sepenuhnya. Penjagaan yang baik selepas pembedahan agak penting untuk mengelakkan parut yang ketara atau kehilangan bahagian kulit.
PENGECILAN PAYUDARA
(PENGURANGAN MAMAPLASTI)
Pengecilan payudara (Pengurangan Mamaplasti) ialah sejenis prosedur pengkonturan untuk mengurangkan dan membentuk semula payudara dengan menyingkirkan lemak, tisu dan kulit payudara yang berlebihan. Indikasi procedure ini termasuk sakit leher atau sakit belakang, kerengsaan kulit di bawah payudara serta ketidakseimbangan payudara dengan badan.
Insisi yang berbentuk lubang kunci akan dibuat di sekeliling areola dan ke arah bawah payudara. Kulit, lemak dan tisu yang berlebihan akan disingkirkan. Areola akan dipindahkan untuk memastikan bentuk payudara yang optimum.
Bagi sesetengah pesakit, saiz dan bentuk payudara mungkin memuaskan tetapi lokasi Kompleks Areolar Puting (Nipple Areolar Complex, NAC) mungkin akan lebih rendah daripada yang optimum. Dalam kes ini, pengangkatan payudara (Mastopeksi) boleh dilakukan.
Pemulihan
Ketidakselesaan dan bengkak adalah gejala-gejala yang biasa dialami selama beberapa minggu.
Pakaian sokongan atau bra sukan mungkin diperlukan selama 6 minggu.
Kebanyakan pesakit akan dapat melakukan pekerjaan atau aktiviti ringan selepas 1-2 minggu bergantung kepada kadar pemulihan.
Digalakkan untuk mengelakkan aktiviti lasak yang melibatkan lengan dan berenang selama 4 minggu.
Parut akan pudar, tetapi parut tidak akan hilang sepenuhnya. Penjagaan yang baik selepas pembedahan agak penting untuk mengelakkan parut yang ketara atau kehilangan bahagian kulit.
PENGANGKATAN PAYUDARA (Mastopeksi)
Prosedur pengangkatan payudara (maxtopeksi) mengetatkan tisu untuk membentuk dan mengangkat payudara yang labuh tanpa mengubah saiz asalnya. Prosedur ini juga boleh membantu untuk mengurangkan saiz areola dalam sesetengah kes.
Insisi akan dibuat untuk mengeluarkan kulit, lemak dan tisu yang berlebihan, mengangkat dan membentuk semula tisu payudara, diikuti dengan penempatan semula puting dan areola.
Pemulihan
Ketidakselesaan dan bengkak adalah gejala-gejala yang biasa dialami selama beberapa minggu.
Pakaian sokongan atau bra sukan mungkin diperlukan selama 6 minggu.
Kebanyakan pesakit akan dapat melakukan pekerjaan atau aktiviti ringan selepas 1-2 minggu bergantung kepada kadar pemulihan.
Digalakkan untuk mengelakkan aktiviti lasak yang melibatkan lengan dan berenang selama 4 minggu.
Parut akan pudar, tetapi parut tidak akan hilang sepenuhnya. Penjagaan yang baik selepas pembedahan agak penting untuk mengelakkan parut yang ketara atau kehilangan bahagian kulit.
PEMBINAAN SEMULA PAYUDARA
Prosedur pembinaan semula payudara membina semula satu atau kedua-dua payudara ke bentuk dan kontur yang hampir normal, biasanya selepas mastektomi kanser payudara, lumpektomi atau kecacatan kongenital.
Prosedur pembinaan semula boleh dilakukan dengan menggunakan sama ada tisu pesakit untuk pembinaan semula flap atau bahan prostetik seperti pengembang tisu atau implan payudara. Selepas pembinaan semula payudara, pembedahan rekonstruktif yang lain seperti pembinaan areola, pembesaran payudara, sedut lemak, dan pembedahan semakan parut mungkin dilakukan untuk membina semula payudara ke bentuk yang hampir normal.
Pemulihan
Ketidakselesaan dan bengkak adalah gejala-gejala yang biasa dialami selama beberapa minggu.
Pakaian sokongan atau bra sukan mungkin diperlukan selama 6 minggu.
Kebanyakan pesakit akan dapat melakukan pekerjaan atau aktiviti ringan selepas 1-2 minggu bergantung kepada kadar pemulihan.
Digalakkan untuk mengelakkan aktiviti lasak yang melibatkan lengan dan berenang selama 4 minggu.
Parut akan pudar, tetapi parut tidak akan hilang sepenuhnya. Penjagaan yang baik selepas pembedahan agak penting untuk mengelakkan parut yang ketara atau kehilangan bahagian kulit.
Pemindahan lemak
Pemindahan lemak juga dikenali sebagai suntikan lemak atau cantuman lemak, merupakan prosedur yang melibatkan pemindahan lemak berlebihan dari bahagian seperti paha luar untuk tujuan pengisian dan pelicinan garis atau kedutan kulit. Prosedur ini biasanya digunakan untuk menambah baik tisu-tisu muka, payudara, punggung, dan tangan. Lemak yang dipindahkan juga boleh digunakan di kulit yang rosak seperti luka kronik atau kulit selepas rawatan radioterapi.
Pemulihan
Hasil pada peringkat awal mungkin kelihatan keterlaluan, namun bahagian tersebut akan menyusut dari semasa ke semasa disebabkan oleh pecahan sel-sel lemak.
Beberapa sesi suntikan lemak mungkin diperlukan untuk mencapai hasil yang diingini.
Bengkak dan lebam adalah gejala-gejala yang biasa dialami pada minggu pertama.
Kebanyakan pesakit akan dapat melakukan pekerjaan atau aktiviti ringan selepas 1-2 minggu bergantung kepada kadar pemulihan.