Dilarang makan, minum atau membawa sebarang makanan dan minuman ke dalam perpustakaan.
2. Dilarang membawa masuk barang yang tidak dibenarkan seperti beg, bungkusan, fail kosong, pisau dan gunting.
Sila simpan di loker yang disediakan. Walaubagaimanapun, anda tidak digalakkan meninggalkan barang berharga dan pihak perpustakaan
tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan barang persendirian.
3. Pastikan telefon bimbit atau komputer riba dalam keadaan mode senyap atau nada getar (vibrate)
4. Tidak dibenarkan membuat bising sehingga menganggu pengguna lain.
5. Pengguna tidak dibenarkan menggubah susun atur perabot di dalam perpustakaan. Sila susun kembali kerusi ke meja selepas digunakan.
6. Sampah dan kertas hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
7. Menconteng dan merosak, mencuri atau menghilangkan bahan perpustakaan akan dikenakan tindakan tatatertib.
8. Sila letakkan bahan bacaan yang telah dibaca di atas troli yang disediakan.
9. Kakitangan perpustakaan berhak menegur dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pengguna yang melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan.
10. Pinjaman/Pemulangan Buku
Buku atau bahan perpustakaan tidak boleh dibawa keluar dari perpustakaan sebelum ia direkodkan oleh pegawai perpustakaan.
Bahan-bahan perpustakaan yang dipinjam hendaklah dikembalikan pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan.
Perpustakaan akan menghantar notis peringatan bagi pinjaman yang melewati tempoh tarikh pemulangan buku.
Pihak perpustakaan berhak meminta semula bahan yang dipinjam oleh pengguna di atas keperluan tertentu dan pengguna hendaklah mengembalikan bahan tersebut dengan segera.
11. Pengguna dilarang memakai selipar semasa berada di dalam perpustakaan.
12. Dilarang merokok di perpustakaan.
13. Penguna mestilah berpakaian sopan dan mengikut etika yang telah ditetapkan.
Pengguna bertanggungjawab membayar atau menggantikan bahan yang hilang/rosak semasa bahan dalam pinjaman mereka atau semasa digunakan di dalam perpustakaan.