Perpustakaan Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP) merupakan gedung ilmu utama yang menyokong keperluan pembelajaran dan rujukan warga kolej. Perpustakaan ini berperanan sebagai pusat pengumpulan maklumat dan dokumentasi dalam bentuk bahan bercetak dan digital untuk menyokong proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) serta pembangunan ilmu di kalangan pelajar dan kakitangan KKBP.
Perpustakaan KKBP menyediakan pelbagai koleksi bahan bacaan termasuk buku rujukan, bahan fiksyen, majalah serta sumber digital. Selain itu, ia turut menawarkan fasiliti seperti ruang kajian yang kondusif, ruang bacaan selesa, komputer dengan akses internet, serta kaunter sirkulasi dan sudut rujukan khusus bagi membantu pengguna mencari maklumat dengan lebih efektif.
Kolej Komuniti Bandar Penawar sendiri telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 2003, sebagai sebuah institusi pendidikan yang menyediakan latihan dan kemahiran kepada komuniti setempat, serta membuka peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum mereka memasuki pasaran kerja atau melanjutkan pelajaran.
Menyediakan sumber dan perkhidmatan yang komprehensif dalam usaha menyokong keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan untuk seluruh warga KKBP
Menjadi pusat dokumentasi dan informasi yang unggul sebagai pemangkin kecemerlangan KKBP
Pendaftaran keahlian kepada perpustakaan akan diproses dengan cepat dan efisien.
Proses pinjaman dan pemulangan bahan dilakukan dengan jelas, teratur dan mengikut tatacara yang ditetapkan.
Rujukan dan bantuan carian maklumat disediakan untuk membantu pengguna mendapatkan sumber yang tepat dalam masa munasabah.
Sumber digital dan akses OPAC (Online Public Access Catalog) disediakan bagi memudahkan pencarian bahan secara dalam talian.
Setiap maklumbalas dan aduan pelanggan akan diambil serius dan dijawab dalam tempoh yang munasabah.