Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (Interlibrary Loan – ILL) turut disediakan di Perpustakaan Kolej Komuniti Bandar Penawar. Perkhidmatan ini membolehkan pengguna mendapatkan bahan-bahan yang tidak terdapat di perpustakaan KKBP daripada perpustakaan lain, seterusnya memudahkan pencarian maklumat yang diperlukan.
Pengguna boleh mencari bahan melalui Sistem Katalog Atas Talian Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan melayari laman web berikut:
opac.pnm.gov.my
Setelah bahan ditemui, pengguna boleh membuat permohonan ILL melalui kaunter perpustakaan KKBP. Kami akan membantu dalam proses permohonan dan memberi maklumat lanjut mengenai tempoh pinjaman, syarat penggunaan, dan cara mengambil bahan.
📌 Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Pinjaman Antara Perpustakaan boleh diajukan di Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan KKBP.