Justeru, secara keseluruhannya, apa yang dapat disimpulkan daripada projek e-SULAM yang telah kami laksanakan, kami dapat melihat bahawa masyarakat Malaysia telah mendalami dan menghayati 5 prinsip rukun negara bermula daripada kepercayaan kepada tuhan sehinggalah prinsip rukun negara yang terakhir iaitu kesopanan dan kesusilaan. Selain itu, kami juga dapat melihat bahawa rakyat Malaysia sangat bersatu padu dalam membina jati diri dalam kalangan masyarakat yang cinta akan negara walaupun hidup dalam pelbagai kaum agama dan juga bangsa. Daripada sudut mahasiswa pula, kami dapat menjalinkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat tanpa mengira pangkat serta umur. Ini kerana, projek yang kami laksanakan ini telah melibatkan pelbagai peringkat umur dalam menjalankan soal selidik dan temu bual. Melalui isi kandungan projek pula, kami juga dapat melatih diri untuk menjadi generasi yang dapat memimpin dan membentuk masyarakat supaya cinta akan negara.
Akhir sekali, harapan kami sebagai mahasiswa ingin melihat generasi muda khususnya dapat menjadikan dirinya sebagai aset negara untuk mencapai kemajuan dan mengekalkan keharmonian yang telah kita kecapi pada hari ini berpandukan nilai-nilai murni yang terkandung dalam prinsip rukun negara.
Disediakan oleh:
Pembentang Video:
Nik Mohammad Arsyad bin Abd Ghani (065477)
Siti Rabiah binti Said (066073)
Nik Nur Balqis binti Na'hazani (066342)
Nurin Jazlina binti Mohd Zamri (065432)
Video Editor:
Amla binti Notfi (065482)
Siti Nur Aishah binti Ahmad Zaki (067032)
Kesimpulan:
Nurin Jazlina binti Mohd Zamri (065432)