Rukun Negara
Kepercayaan kepada tuhan
Kesetiaan kepada raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan
Prinsip Rukun Negara telah menjadi pegangan dan asas penyatuan berbilang kaum di Malaysia. Ini kerana satu tragedi berdarah telah berlaku pada 13 Mei 1969 melibatkan pelbagai kaum di Malaysia (Johari & Ahmad 2019). Rukun Negara mengandungi lima prinsip iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan. Lima elemen yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 ini perlu terus diperkasakan kerana itulah pengikat perpaduan kaum dan wajib diamalkan bagi membina sebuah bangsa yang berdaulat dan disegani.
Rukun Negara adalah satu ideologi untuk menyeragamkan fahaman dalam kalangan pelbagai kelompok etnik. Malah, rukun Negara juga adalah sebuah hasrat yang perlu diterapkan untuk membentuk sebuah bangsa Malaysia yang benar-benar patriotik dan memelihara kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan. Kerajaan telah memperkenalkan Rukun Negara bertujuan menjaga keharmonian sosial serta menerap nilai budaya yang murni dalam setiap diri masyarakat Malaysia (Johari & Ahmad, 2019). Antara objektif Rukun Negara adalah mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat, mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Walaupun negara kita mengejar arus kemajuan, namun Rukun Negara perlu sentiasa dihayati oleh rakyat kerana pembentukan adalah mengikut acuan masyarakat Malaysia.
Kajian ini membincangkan tentang kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat yang semakin luntur dari hari ke hari. Walaupun kesantunan berbahasa merupakan salah satu elemen yang wajar diaplikasikan daripada rukun negara yang ke-5. Namun sejak kebelakangan ini terdapat fenomena atau trend yang mana kesantunan tidak lagi menjadi amalan di kalangan masyarakat. Justeru, sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia, kajian ini serba sedikit dapat memberi impak yang baik untuk lebih menekankan dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Penggunaan berbahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang tertib dan halus, bahasa yang mempunyai nilai hormat kepada seseorang, mempunyai unsur keteguhan dan persetujuan, mempunyai nilai kerendahan hati,kesetiaan dan berintegriti ketika komunikasi. Dalam menjelaskan hal ini, Lakoff (1975) dan Lakoff dan Bucholtz (2004), mengatakan bahawa prinsip kesantunan itu dibangunkan oleh sesebuah masyarakat dalam usaha untuk mengurangkan pergeseran dalam interaksi peribadi, sekaligus dapat dijadikan strategi untuk mengelakkan konflik (Leech,1983).
Bahasa merupakan medium yang digunakan ketika berkomunikasi, semasa berkomunikasi aspek kesantunan harus juga dititikberatkan, kesantunan bahasa ini merujuk nilai sopan, halus, indah, kata-kata yang dilahirkan tidak mempunyai maksud sindiran atau ejekan sebaliknya mengandungi unsur kejujuran serta menggunakan bahasa yang tidak menyinggung perasaan orang lain ketika berkomunikasi. Penggunaan bahasa yang santun dan bertatasusila dapat menggambarkan nilai kesantunan seseorang.
Penciptaan laman sosial facebook pada 4 Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg menyebabkan komunikasi menjadi lebih mudah dan menarik, Manusia boleh berkomunikasi dan memuat naik gambar-gambar bagi tatapan rakan masing-masing. Perhubungan yang lama terpisah dapat dijalin kembali dengan adanya laman sosial Facebook. Senario ini membuatkan facebook menjadi pilihan utama manusia untuk berhubung. Namun begitu setiap teknologi ini mempunyai kesannya. Komunikasi alam maya ini mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Dari segi komunikasi ia dapat mempercepatkan perhubungan tidak kira di mana sahaja manusia berada. Namun keburukannya pula ialah kebebasan dalam bersuara menyebabkan manusia meluahkan apa sahaja tanpa mengambil kira aspek kesantunan bahasa.
➱mengenalpasti gaya percakapan dan bahasa masyarakat dalam penggunaan media sosial.
➱mengkaji kesan penggunaan media sosial terhadap gaya percakapan dan bahasa masyarakat.
➱membincangkan prinsip rukun negara kelima (kesopanan dan kesusilaan) dalam amalan kesopanan dan kesantunan berbahasa melalui media sosial.
Latar Belakang -:
Johari,H., & Ahmad, A. S. (2019). Persepsi terhadap konsep Rukun Negara melalui pengajaran kursus Pengajian Malaysia. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan., 1 & 2.
Pengenalan -:
Ahmad, A., Yahya M., Hasyim N., Mahmor N., (2016). Kesantunan bahasa semasa berkomunikasi di laman sosial. Proceeding of the International Conference on Government & Public Affair 2016 (ICOGPA2016) ISBN 97898344661-7-6
Hassan A., Alimi K., Isam H., Mutalib M., (2020). Amalan kesantunan berbahasa dalam komunikasi formal dan tidak formal dalam kalangan pelajar university. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication Jilid 36(4)
Disediakan oleh:
Latar belakang:
Nurin Jazlina binti Mohd Zamri (065432)
Pengenalan:
Nur Izzatul Arifah binti Ismail (066951)
Nik Nailiy Nazelin binti Mohamed@Rosli (066748)
Objektif:
Muhaimin Naqib bin Sidik (066741)
Nik Mohammad Arsyad bin Abd Ghani (065477)