PROGRAM ZIARAH CAKNA KEPKA CAWANGAN PUTRAJAYA 🤝
Program Ziarah Cakna telah diadakan dengan menziarahi kediaman rakan-rakan PKA yang terlibat, iaitu:
1. Encik Azmi bin Mat Yusuf
2. Encik Mohd Syawal Azli bin Fadzir
3. Puan Nurul Nabihah binti Mohd Amin
Melalui program ini, sumbangan Ziarah Cakna telah disampaikan kepada rakan PKA yang menghidapi penyakit kritikal serta yang baru menerima cahaya mata sebagai tanda keprihatinan, sokongan moral dan semangat daripada KEPKA Cawangan Putrajaya.
Pihak KEPKA Cawangan Putrajaya turut mendoakan yang terbaik buat rakan-rakan PKA yang diziarahi. Semoga diberikan kesembuhan, kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian serta dipermudahkan segala urusan bersama keluarga. Kata-kata semangat turut disampaikan sebagai tanda sokongan dan kebersamaan daripada pihak kesatuan.
Semoga sumbangan yang disalurkan dapat memberi sedikit kelegaan, menceriakan penerima serta menjadi sumber kekuatan kepada mereka dan keluarga.
Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada Encik Syiful Hadnan (Biro Kebajikan dan Perhubungan) bersama jawatankuasa dalam menjayakan program ini.