Syukur Alhamdulillah, sempena bulan Ramadan yang mulia ini, KEPKA Cawangan Putrajaya telah berjaya melaksanakan Program Edaran Sumbangan Ramadan kepada semua ahli berdaftar di peringkat cawangan.
Program ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah sesama ahli, menyemai sikap berkongsi rezeki serta memberi semangat dan sokongan kepada ahli dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Pihak KEPKA Cawangan Putrajaya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yayasan Universiti Multimedia atas sumbangan yang telah diberikan bagi menjayakan program ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Jawatankuasa Biro Kebajikan & Perhubungan, KEPKA Cawangan Putrajaya serta semua jawatankuasa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas komitmen, kerjasama dan usaha yang telah dicurahkan dalam memastikan program ini berjalan lancar.
Program ini telah berlangsung bermula 24 Februari hingga 27 Februari 2026.
TEMPAT : BAHAGIAN - BAHAGIAN, KPM & SEKOLAH