(MALAY VERSION) Bersempena dengan minggu Kelestarian, pihak Pusat Media Dan Perhubungan Awam (MPRC), Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dengan sukacitanya mengumumkan penganjuran Pertandingan Video Pendek Sempena Minggu Kelestarian IPPT/PPUSMB.
Pertandingan ini bertujuan untuk:
Menggalakkan Pelajar dan Staf IPPT/PPUSMB untuk lebih memahami dan mengamalkan gaya hidup berkonsepkan kelestarian
Menggalakkan penghasilan video pendek yang dapat mendidik dan menanamkan kepentingan aspek kelestarian kepada khalayak
Mencungkil potensi video pendek sebagai medium untuk memberi kefahaman Pembangunan Lestari kepada masyarakat Malaysia khususnya, dan masyarakat global, amnya.
The "No Single-Use Plastic" campaign is one of the key initiatives under the IPPT/PPUSMB 2024 SUSTAINABILITY PROJECTS. This effort reflects IPPT/PPUSMB's strong commitment to environmental sustainability and reducing plastic waste. Running from 15 August 2024 to 30 September 2024, the campaign is open to all USM staff and students. The terms and conditions for participation below.
Bersempena dengan Program Sambutan Minggu Kelestarian IPPT/PPUSMB 2024 yang akan berlangsung bermula dari 16 Disember 2024 sehingga 20 Disember 2024 bertempat di PPUSMB, pihak JK Kelestarian IPPT/PPUSMB berhasrat mengumpul sumbangan keperluan barangan bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas.
Dengan itu, kami berbesar hati ingin menjemput semua warga IPPT/PPUSMB untuk menyumbangkan keperluan barangan dan boleh dihantar terus ke PPUSMB.
Pihak JK Kelestarian mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan keprihatinan anda semua.
MARILAH KITA MENYUMBANG..........
Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kelestarian IPPT dan PPUSMB akan mengadakan Minggu Kelestarian Peringkat IPPT dan PPUSMB pada 16-20 Disember 2024 bertempat di PPUSMB.
Kemuncak kepada program ini adalah Majlis Perasmian yang akan disempurnakan oleh Naib Canselor. Bagi menyemarakkan dan menjayakan lagi majlis perasmian ini, Puan Pengarah memohon agar semua Unit menghantar sekurang-kurangnya dua (2) orang staf untuk hadir.
Seluruh warga IPPT dan PPUSMB dijemput untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang telah disediakan bagi sepanjang minggu tersebut.
Selain itu, pihak Jawatankuasa Kelestarian juga berhasrat untuk mengumpul sumbangan keperluan barangan bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas. Semua warga dijemput untuk menyalurkan sumbangan sepanjang Minggu Kelestarian berlangsung.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sempena Minggu Kelestarian IPPT-PPUSMB, warga IPPT dan PPUSMB dijemput untuk memeriahkan aktiviti “Jualan Lestari” yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 16-20 Disember 2024
🕘 Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
📍 Lokasi: Foyer PPUSMB
JOM KITA MERIAHKAN MINGGU KELESTARIAN IPPT-PPUSMB!!!!!