Video pendek ini hendaklah berdurasi 2-3 minit dan menggunakan format “mov atau mp4” dengan resolusi Full HD atau Ultra HD.
Pertandingan ini terbuka kepada semua Pelajar dan Staf IPPT/PPUSMB dengan menggunakan tema yang diberikan iaitu “Ke Arah Kelestarian Masa Hadapan”.
Karya yang dihasilkan untuk pertandingan ini mestilah karya asli bukan ciplak. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya karya yang dikemukakan tidak asli atau diciplak.
Video pendek yang dipertandingkan tidak boleh digunakan untuk tujuan penyiaran lain sebelum keputusan peraduan diumumkan.
Tidak dibenarkan menyentuh sensitiviti agama, kaum serta politik dalam pembikinan video pendek ini.
Peserta yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di atas akan dibatalkan penyertaannya
Pihak penganjur tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos atau kerugian yang ditanggung oleh peserta.
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 20 September 2024
Penyertaan hendaklah dihantar menerusi pautan ‘google form’ yang telah disediakan di dalam poster penyertaan. Sila imbas QR Code untuk keterangan lanjut.