♻ PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA & PROGRAM PENGUMPULAN BUKU TERPAKAI ♻
Pada 7 Februari 2025, JK Kecil Kelestarian ARC telah mengadakan penjualan barangan kitar semula di Stor Barangan Kitar Semula ARC. Sebanyak hampir 300 kg barangan telah terjual, terdiri daripada pelbagai jenis bahan kitar semula seperti:
🔹 Kertas 📄
🔹 Botol plastik 🧴
🔹 Kotak terpakai📦
🔹 Aluminium🥤
Terima kasih kepada semua yang telah menyokong usaha ini dalam memastikan kelestarian alam sekitar! 🌱🌍
Selain itu, kami juga telah memulakan PROGRAM PENGUMPULAN BUKU-BUKU TERPAKAI UNTUK DIKITAR SEMULA. Anda boleh menyumbangkan buku-buku lama yang tidak digunakan lagi mengikut butiran berikut:
📅 Tarikh: 5 Februari - 28 Februari 2025
📍 Tempat: Stor Barangan Kitar Semula ARC
Marilah bersama-sama menyokong inisiatif ini dengan menyumbangkan buku-buku terpakai demi kelestarian sumber dan alam sekitar! 💚📚
Sistem Eco Sustain telah dibangunkan bagi menyokong pelaksanaan aktiviti kelestarian di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dan PPUSMB. Sistem ini terdiri daripada beberapa modul, termasuk:
1.Modul Pengiraan Pelepasan Gas Karbon Dioksida
2.Modul Bawa Bekas Makanan/Minuman Sendiri
3.Modul Pengumpulan (Bahan Kitar Semula, Jualan Lestari,
E-Waste)
Setiap modul akan diaktifkan mengikut tempoh aktiviti kelestarian yang dijalankan.
Mulai 12 Februari 2025, Modul Pengiraan Pelepasan Gas Karbon Dioksida diaktifkan kepada semua staf bagi merekod maklumat perjalanan ke tempat kerja. Pengisian maklumat hanya diperlukan sekali sahaja setiap tahun. Inisiatif ini bertujuan membantu Jawatankuasa Kelestarian IPPT dan PPUSMB dalam menjejak dan menganalisis pelepasan karbon dioksida yang dihasilkan daripada perjalanan harian staf. Dengan ini, diharapkan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar dapat dipertingkatkan.
Pelaksanaan sistem ini adalah satu langkah strategik ke arah pembangunan yang lebih lestari dan mampan. Oleh itu, pihak Jawatankuasa Kelestarian IPPT dan PPUSMB menyeru semua warga IPPT dan PPUSMB untuk menyokong inisiatif ini demi mencapai objektif kelestarian yang telah ditetapkan.
Sistem Eco Sustain boleh diakses melalui pautan berikut: https://ess.amdi.usm.my/. YBhg. Dato’ Seri/Datuk/Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berpeluang menerima e-sijil dan mengumpul mata ganjaran bagi setiap penyertaan dalam aktiviti ini. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada:
Puan Nurulhuda Binti Abdul Jais
Pegawai Teknologi Maklumat
IT@AMDI
Tel: 04-562 2244
Emel: ajnurulhuda@usm.my
Puan Noor Akidah Binti Ubaidillah
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
IT@AMDI
Tel: 04-562 2256
Emel: noure@usm.my
Sukacita dimaklumkan bahawa program Jualan Lestari Raya 2025 1.0 akan dilanjutkan sehingga Rabu 26 Mac 2025.
PROMOSI PAKAIAN PRE-LOVED 👕👚
Harga serendah RM1 sahaja!
Tarikh: 26 Mac 2025 (Rabu)
Tempat: Ruang Legar Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB)
Ketupat rendang harum mewangi,
Menjadi hidangan di pagi raya,
Jom beraya dengan lestari,
Alam terjaga, bumi dihargai
🛒♻️🍃
Semua warga staf dan pelajar dijemput memeriahkan aktiviti Jualan Lestari Raya 2025 1.0 yang sedang berlangsung.
Sokongan padu dari seluruh warga IPPT dan PPUSMB amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
🎉🔥 CABARAN TERHEBAT TELAH TIBA! 🔥🎉
💪 ARC FIT ME CHALLENGE 2025 💪
Adakah anda bersedia untuk transformasi luar biasa? Nak bakar lemak, bina stamina, dan tunjukkan hasil paling mantap? Inilah masanya! 🏋️♂️🏃♀️
🌟 APA ITU ARC FIT ME CHALLENGE?
Satu cabaran kesihatan untuk mengubah gaya hidup anda dengan aktiviti brisk walk setiap hari dan hadiah yang menarik untuk 3 pemenang teratas!!
Untuk makluman tuan/puan, program ini adalah terbuka untuk semua staf dan pelajar di ARC. Penyertaan adalah percuma. Peserta perlu memuat turun Step Counter-Pedometer atau mana-mana aplikasi steps count. Tempoh pertandingan akan bermula pada 15 Mei 2025 hingga 29 Mei 2025. Sila rujuk syarat-syarat penyertaan di poster yang dilampirkan. Sebarang pertanyaaan boleh hubungi:
Pn. Norjana Ismail : 012-581 7144
Pn. Athirah Raihanah: 012-440 0429
Pn. Syazwani Ismail: 012-357 6943.
Mari Sihat Bersama!!!
📢 HEBAHAN AKTIVITI KELESTARIAN
🌿 JOM KITAR SEMULA BERSAMA! 🌿
Sukacita dimaklumkan bahawa kelestarian@IPPT akan mengadakan satu aktiviti gotong-royong yang melibatkan bangunan ARC seperti berikut:
📅Tarikh: 19 Mei 2025 (Isnin)
⏰Masa: 8.00 AM - 5.00 PM
📍Tempat: Semua makmal penyelidikan di Bangunan ARC
Dengan itu pihak Jawatakuasa ingin menjemput semua warga ARC untuk menyertai aktiviti ini.
📢 HEBAHAN AKTIVITI KELESTARIAN
🌿 JOM KITAR SEMULA BERSAMA! 🌿
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sempena Minggu Kelestarian USM 2025, warga ARC adalah dijemput untuk menyertai aktiviti “Senamrobik Perdana ARC” yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 23 Mei 2025 (Jumaat)
🕘 Masa: 8.45 - 10.00 pagi
📍 Lokasi: Ruang Legar ARC
🎯 Sasaran: Semua staf dan pelajar ARC
Aktiviti ini bertujuan untuk:
💚Menggalakkan amalan gaya hidup sihat di kalangan staf dan pelajar ARC
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai senamrobik yang akan dikelolakan oleh jurulatih berpengalaman dan TERSOHOR!
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Puan Athirah (+6012-440 0429).
📢 HEBAHAN AKTIVITI KELESTARIAN
🌿 SAY NO TO SINGLE-USE PLASTIC! 🌿
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sempena Minggu Kelestarian USM 2025, warga IPPT dan PPUSMB dijemput untuk menyertai kempen “Say No to Single-Use Plastic” yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 26 Mei 2025 – 31 Ogos 2025
📍 Lokasi: Café Biqza, sains@bertam DAN Café Joe, PPUSMB
🎯 Sasaran: Semua staf dan pelajar USM
📜 Tatacara penyertaan: Seperti yang tertera di poster
Aktiviti ini bertujuan untuk:
🥡 Mengurangkan penggunaan pembungkusan makanan dan minuman berasaskan plastik tidak terbiodegradasi/konvensional
🛍️ Menggalakkan penggunaan bahan pembungkusan yang mesra alam dan mudah terurai
🥛 Membudayakan amalan membawa bekas makanan dan minuman sendiri, khususnya di premis IPPT/PPUSMB
🌱 Memupuk kesedaran tentang tanggungjawab memelihara alam sekitar
Mari kita jayakan inisiatif ini bersama demi masa depan yang lebih lestari.
📢 HEBAHAN AKTIVITI KELESTARIAN
🌿 JOM KITAR SEMULA BERSAMA! 🌿
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sempena Minggu Kelestarian USM 2025, warga IPPT dan PPUSMB dijemput untuk menyertai aktiviti “Jom Kitar Semula Bersama” yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 28 Mei 2025 (Rabu)
🕘 Masa: 9.00 pagi – 1.00 tengah hari
📍 Lokasi: Auditorium, sains@bertam
🎯 Sasaran: Semua staf dan pelajar IPPT & PPUSMB
Aktiviti ini bertujuan untuk:
♻ Menggalakkan amalan pengasingan dan kitar semula
👕 Pengumpulan pakaian preloved
🌱 Memupuk kesedaran terhadap tanggungjawab menjaga alam sekitar
Jangan lepaskan peluang untuk menyumbang kepada kelestarian bumi kita!
Bawa pakaian terpakai anda dan sertai kami!
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
Dr Ayuni (013-3345301) atau Dr Razila ( 013-5383883)
📢 HEBAHAN AKTIVITI KELESTARIAN
🌿 JOM KITAR SEMULA BERSAMA! 🌿
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sempena Minggu Kelestarian USM 2025, warga IPPT dan PPUSMB dijemput untuk menyertai aktiviti “Jom Kitar Semula Bersama” yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 28 Mei 2025 (Rabu)
🕘 Masa: 9.00 pagi – 1.00 tengah hari
📍 Lokasi: Recycle Store ARC, Sustainability Depot PPUSMB, & Auditorium sains@bertam
🎯 Sasaran: Semua staf dan pelajar IPPT & PPUSMB
Aktiviti ini bertujuan untuk:
♻ Menggalakkan amalan pengasingan dan kitar semula
🍶 Pengumpulan kertas/kotak terpakai, tin/aluminium kosong, dan botol plastik kosong
🌱 Memupuk kesedaran terhadap tanggungjawab menjaga alam sekitar
Jangan lepaskan peluang untuk menyumbang kepada kelestarian bumi kita!
Bawa sisa kitar semula anda dan sertai kami!
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
📱 Pn. Athirah (012-440 0429) - ARC
📱 Pn. Nur Hasmiza (019-933 2028) - PPUSMB
📱 Dr. Siti Razila (013-538 3883) – sains@bertam
“Kelestarian Tanggungjawab Bersama”
📢 HEBAHAN AKTIVITI KELESTARIAN
🌿 PENGUMPULAN SISA E-WASTE BERSAMA! 🌿
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sempena Minggu Kelestarian USM 2025, warga IPPT dan PPUSMB dijemput untuk menyertai aktiviti “Pengumpulan Sisa E-Waste Bersama” yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 28 Mei 2025 (Rabu)
🕘 Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
📍 Lokasi: Klinik Pakar Pergigian 3 PPUSMB & PPKT sains@bertam
🎯 Sasaran: Semua staf dan pelajar IPPT & PPUSMB
Aktiviti ini bertujuan untuk:
♻ Menggalakkan amalan pengasingan barangan elektrik dan elektronik bagi pelupusan
🪫 Pengumpulan sisa elektrik dan elektronik
🌱 Memupuk kesedaran terhadap tanggungjawab menjaga alam sekitar
Jangan lepaskan peluang untuk menyumbang kepada kelestarian bumi kita!
Bawa sisa E-Waste anda dan sertai kami!
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
📱 Profesor Dr. Norehan (012-987 1616)
📱 Pn. Zuraizah (017-569 9641)
“Kelestarian Tanggungjawab Bersama”
📢 HEBAHAN AKTIVITI KELESTARIAN
🌿 SAY NO TO PLASTIC BAG, SAY YES TO BALUT TARI! 🌿
Nama Penuh: Balut Lestari
Singkatan: Balut Tari
Konsep:
Balut Tari ialah seni pembungkusan kain yang menggabungkan nilai budaya tempatan dengan amalan kelestarian moden. Terinspirasi daripada furoshiki Jepun dan bojagi Korea, Balut Tari menggunakan kain batik, tenun, dan fabrik terpakai sebagai kaedah pembungkusan hadiah, makanan, atau barangan harian secara mesra alam dan bergaya.
Sempena kempen “Say No to Single-Use Plastic” yang akan diadakan pada 26 Mei 2025 – 31 Ogos 2025, Balut Tari akan disediakan di Café Biqza, sains@bertam dan Café Joe, PPUSMB secara percuma sebagai ganti beg plastik.
“Balut Bijak, Alam Lestari”
“Wrap with Care, Live Sustainably”
“Kelestarian Tanggungjawab Bersama”
✨ Ingin tahu bagaimana membalut dengan gaya Balut Tari?
📹 Tonton video panduan mudah kami — imbas kod QR dalam poster!
📢 HEBAHAN AKTIVITI KELESTARIAN
🌿 KEMPEN "KECILKAN SISA, BESARKAN IMPAK" 🌿
Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Waste Management Sains@Bertam sedang melancarkan Kempen “Kecilkan Sisa, Besarkan Impak – Bersama Unit Anda di Sains@Bertam!” bermula dari 1 Julai hingga 30 September 2025.
Kempen ini bertujuan untuk:
🔸 Meningkatkan penyertaan unit dalam amalan kelestarian
🔸 Memupuk kerjasama dan budaya hijau dalam kalangan staf
🔸 Menobatkan unit paling aktif sebagai Wira Anti-Pembaziran
Cara Penyertaan:
1. Pilih dan laksanakan Cabaran Hijau bulanan bersama unit anda
2. Ambil gambar staf unit ketika melaksanakan aktiviti
3. Hantar melalui Google Form (imbas QR code pada poster yang dilampirkan)
4. Setiap penyertaan akan menyumbang mata kepada unit anda!
Antara contoh Cabaran Hijau yang boleh dilaksanakan:
✅ Guna semula botol air/bekas makanan
✅ Lapor kerosakan paip atau suis
✅ Kitar semula e-waste
✅ Bawa beg guna semula
✅ Cadang dan laksana idea aktiviti kelestarian unit anda
Pengiktirafan: 🏅 Digital Badge bulanan – Wira Anti-Pembaziran
🏅 Profil unit dalam laporan kelestarian IPPT serta hadiah eksklusif
Jom sertai bersama unit anda dan tampil sebagai Unit Wira Anti-Pembaziran!
Poster kempen dan QR code untuk penyertaan turut dilampirkan untuk rujukan dan tindakan lanjut.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
📧 Pn. Noor Akidah (IT) - 04-5622256
📧 Pn. Farah Zalina (Pengurusan) - 04-5622546
📧 En. Jasmie (Akademik) - 04-5622045
📧 En. Hanley (Kewangan) - 04-5622491
📧 En. Naim (Perpustakaan) - 04-5622225
✨ Jom Sertai! ✨
Mari bersama-sama memeriahkan Demonstrasi Jahitan & Pembuatan Sabun daripada Minyak Terpakai 💚♻️
🗓 Tarikh: Sabtu, 23 Ogos 2025
🕘 Masa: 9.30 pagi – 1.00 petang
📍 Lokasi: Ruang Legar Blok E, Kondominium Mutiara, Bandar Perda, Pulau Pinang
💡 Apa yang menarik?
🔹 Belajar teknik jahitan kreatif ✂️
🔹 Ketahui cara mudah menghasilkan sabun daripada minyak masak terpakai 🧼
🔹 Peralatan asas disediakan secara percuma
📌 Penyertaan adalah PERCUMA!
Bawa semangat kitar semula dan kreativiti anda — kita jadikan aktiviti ini bermanfaat dan menyeronokkan!
Anjuran bersama: IPPT-USM & KRT Blok E, Kondominium Mutiara, Bandar Perda
✨🌱 Peluang Emas untuk Pencipta Kreatif! 🌱✨
📣 Pertandingan Inovasi Lestari 2025 kembali lagi!
Tunjukkan hasil inovasi & kreativiti anda demi kelestarian komuniti, dan menangi hadiah lumayan! 🎁💡
📅 Tarikh Pertandingan: 23 Ogos 2025 (Sabtu)
🕘 Masa: 9.30 pagi – 1.00 petang
📍 Lokasi: Ruang Legar Blok E, Kondominium Mutiara, Bandar Perda, Pulau Pinang
⏳ Tarikh Tutup Penyertaan: 21 Ogos 2025
🏆 Hadiah Utama:
🥇 Hamper RM500
🥈 Hamper RM300
🥉 Hamper RM200
🎖 10 hadiah saguhati RM50
📜 Sijil penyertaan untuk semua peserta!
💡 Bawa hasil kreatif anda & hadir secara bersemuka di program ini.
📌 Daftar sekarang: https://bit.ly/4foS9r4 atau imbas QR code pada poster.
📞 Pertanyaan: Dr Siti Razila (013-5383883)
🌿 Kreatif. Lestari. Inspirasi Komuniti. 🌿
📢 HEBAHAN AKTIVITI KELESTARIAN
🌿 JOM KITAR SEMULA BERSAMA! 🌿
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semua warga IPPT khususnya di bangunan ARC dijemput untuk menyertai aktiviti “Jom Kitar Semula Bersama” yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 18 - 27 Ogos 2025
🕘 Masa: 24 Jam (12.00am - 11.59pm)
📍 Lokasi: Recycle Store ARC
🎯 Sasaran: Semua staf dan pelajar IPPT
Aktiviti ini bertujuan untuk:
♻ Menggalakkan amalan pengasingan dan kitar semula
🍶 Pengumpulan kertas/kotak terpakai, tin/aluminium kosong, dan botol plastik kosong
🌱 Memupuk kesedaran terhadap tanggungjawab menjaga alam sekitar
Jangan lepaskan peluang untuk menyumbang kepada kelestarian bumi kita!
Bawa sisa kitar semula anda dan sertai kami!
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
📱 Pn. Syazwani Ismail (012-357 6943)
📱 Pn. Norjana Ismail (012-581 7144)
📢 HEBAHAN AKTIVITI KELESTARIAN
🌿 JOM KITAR SEMULA BERSAMA! 🌿
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kelestarian@IPPT dan Kelestarian@PPUSMB akan mengadakan satu aktiviti “Jom Kitar Semula Bersama”. Dijemput beramai-ramai warga IPPT dan PPUSMB untuk menyertai aktiviti yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh : 6 Oktober 2025 ( Isnin )
🕘 Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi
📍 Lokasi: 1. Depo Recycle PPUSMB
2. Bilik Lestari PPUSMB
Jenis barangan kitar semula yang diterima :
Lokasi: 1. Depo Recycle PPUSMB
- Sisa kitar semula ( kertas, plastik, tin, etc.)
- E- waste ( Battery, printer, etc)
2. Bilik Lestari PPUSMB (opposite Depo Recycle PPUSMB)
- Minyak Masak terpakai
- Pakaian terpakai
Aktiviti ini bertujuan untuk:
🌱 Menggalakkan penyertaan staf dalam program lestari.
♻ Menggalakkan amalan pengasingan dan kitar semula.
🍶 Pengumpulan kertas/kotak terpakai, tin/aluminium kosong, dan botol plastik kosong.
🌱 Memupuk kesedaran terhadap tanggungjawab menjaga alam sekitar.
Jangan lepaskan peluang untuk menyumbang kepada kelestarian bumi kita!
Bawa sisa kitar semula anda dan sertai kami!
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
📱 Dr. Noor Ayuni Ahmad Syafiai (013-3345301) – Baju terpakai
📱 Dr. Nor Effa Syazuli Zulkafli (017-2745001) – Minyak masak terpakai
📱 Pn. Nur Hasmiza Mahadzir (019-933 2028) – Barang kitar semula am
📱 Pn. Zuraizah Zulkifli (017-5699641) – E- waste
🌟 You’re Invited! 🌟
We are pleased to invite you to:
📢 Taklimat Pejabat Hijau
📅 Date: 5 November 2025 (Wednesday)
🕙 Time: 3.00 pm
📍 Venue: CRC Seminar Room, IPPT, Kepala Batas
Meeting link: https://usm-cmr.webex.com/usm-cmr/j.php...
Meeting number: 2519 467 3836
Password: Pejabathijau2025
Agenda:
"To provide exposure to students and staff at IPPT regarding green practices in the workplace and related matters."
Pihak jawatankuasa penganjur dengan sukacitanya ingin menjemput semua staf, pelajar, dan keluarga warga IPPT & PPUSMB untuk menyertai program berikut:
Tarikh : 13 Disember 2025 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat : PPUSMB, IPPT USM
Aktiviti yang dianjurkan di bawah Program Penyelidikan Liver-ENRICH ini bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat dan meningkatkan kesedaran tentang kesihatan hati melalui aktiviti santai bersama komuniti IPPT.
Antara Pengisian Program:
- Fun ride & brisk walk santai
- Sarapan sihat
- Ceramah ringkas: “Jagalah Hatimu” (Profesor Madya Dr. Hasni Arsad)
- Pameran Kesihatan & Liver Cancer Awareness
- Sukaneka bertema kesihatan hati
- Sudut mewarna kanak-kanak
Semua warga IPPT dijemput hadir bersama keluarga. Bagi yang berminat untuk menyertai program ini, pendaftaran boleh dibuat melalui QR Code yang tertera pada poster di lampiran.
Bagi pihak jawatankuasa program, kami amat menghargai penyertaan dan sokongan semua. Terima kasih dan jumpa di sana!
📢 HEBAHAN AKTIVITI HARI KELESTARIAN IPPT 2025
🌿 JUALAN LESTARI AKHIR TAHUN 2025! 🌿
Sukacita dimaklumkan bahawa Program Jualan Akhir Tahun Lestari 2025 akan diadakan sempena sambutan Hari Kelestarian peringkat IPPT. Butiran program adalah seperti berikut:
📅 Tarikh : 08 - 19 Disember 2025
📍 Lokasi : Ruang Lobi Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB)
Semua warga staf dan pelajar dijemput untuk memeriahkan aktiviti Jualan Akhir Tahun 2025 yang akan berlangsung selama dua minggu pada minggu hadapan.
Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama ke arah kelestarian bumi kita!
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
📱 Dr. Noor Ayuni Ahmad Shafiai (013-3345301)
Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kelestarian IPPT/PPUSMB akan menganjurkan satu Seminar Kelestarian 2025 pada 19 Disember 2025, secara bersemuka dan online webex. Butiran seminar tersebut adalah seperti berikut :
Tempat : Bilik Seminar, Kompleks Penyelidikan Haiwan (CRC), IPPT
Masa : 9.00 am - 12.00 pm
Meeting link : https://usm-cmr.webex.com/usm-cmr/j.php...
Meeting number : 2518 709 6366
Password : Kelestarian2025
Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Kelestarian IPPT/PPUSMB ingin menjemput YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Profesor/Profesor Madya/ Dr./ tuan/ puan untuk hadir bagi menjayakan program ini. Mata CPD akan diberikan kepada peserta yang hadir. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai kami Puan Athirah Raihanah Abdul Wahab di talian 04-652 2741/Puan Syazwani Ismail 04-652 2742. Segala perhatian dan kerjasama dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.