PEMBELIAN TICKET BALIK KELANTAN DAN BALIK UUM KINI DIBUKA
BULAN OKTOBER
Program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada setiap ketua dan timbalan exco kelab Cakna terhadap cara-cara untuk mengisi almanak mengikut format yang betul agar program yang ingin dijalankan oleh exco-exco kelab dapat diluluskan oleh Prof. Dr. Ahmad Martadha bin Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni). Program ini berlangsung pada 27 Oktober 2023 dan disampaikan oleh Wan Noorazilah Elissa binti Wan Ab.llah, Timbalan Presiden Kelab Patriot Chapter Kelantan.
BULAN NOVEMBER
Program ini dilaksanakan supaya setiap exco yang menjawat jawatan bendahari dapat menjalankan tugasan mereka lebih efficien dan bertanggungjawab apabila mereka ditugaskan dalam menguruskan Program.Program ini berlangsung pada 10 November 2023 dan disampaikan oleh Muhammad Hafeez Bin Ilias
Program ini dilaksanakan supaya setiap exco yang menjawat jawatan setiausaha dapat menjalankan tugasan mereka lebih kemas,mengikut kehendak format apabila mereka ditugaskan dalam menguruskan Program.Program ini berlangsung pada 10 November 2023 dan disampaikan oleh Che Ainun Sulehah Binti Che Sanu
Program ini dilaksanakan supaya dapat memperkenalkan kebudayaan serta kesenian dikir barat kepada para pelajar Universiti Utara Malaysia. Program ini berlangsung pada 21 November 2023 bertempat di Pentas Utama Peskon sempena Malam Kebudayaan Peskon ke-36.
Program ini dianjurkan oleh Exco Informasi & Penerbitan CAKNA adalah untuk memberi pendedahan kepada exco kelab berkaitan format pembuatan poster dan sijil dengan betul. Selain itu, meningkatkan kemahiran dalam menggunakan aplikasi Canva serta meningkatkan kekreatifan dan daya cipta dalam diri ahli kelab CAKNA. Hal ini sejajar dengan salah sebuah Teras Malaysia Madani iaitu Daya Cipta. Semoga program ini dapat memberikan manfaat kepada ahli kelab CAKNA terutama dalam kemahiran editing dan membuat poster.
Hope Day merupakan program dibawah Hal ehwal pelajar (HEP) di mana program ini mengumpulkan hampir semua kelab dan persatuan di dalam Universiti Utara Malaysia .Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa yang baru memasuki UUM serta terus melibatkan diri dalam penglibatan kelab dan persatuan selari dengan misi UUM iaitu Mendidik pemimpin berpewatakan holistik untuk berbakti kepada komuniti global.KPC Kelantan juga tidak ketinggalan dalam menyertai program ini bagi menambahkan ahli cakna seterusnya mengembangkan keluarga cakna dan menaikkan nama cakna kearah yang lebih besar.
Kami menyediakan bas yang harga berpatutan untuk mahasiswa kelantan .Di bawah program ini ,kami lebih ke arah menyediakan perkhidmatan yang selesa dan harga tiket mampu milik untuk mahasiswa kelantan.Jesteru itu,kami ambik inisiatif juga untuk menjaga kebajikan walaupun di dalam bas seperti menyediakan makanan untuk para penumpang bas Cakna Travel.Perkhidmatan ini kami sentiasa mencuba dan membaiki kekurangan dari segi perkhidmatan.Kami mengharapkan untuk mahasiswa kelantan mengunakan perkhidmatan ini .
BULAN DISEMBER
Program ini dianjurkan oleh Exco Latihan & Pendidikan CAKNA adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam menguruskan sesuatu organisasi dalam kalangan semua Exco Kelab CAKNA. Program ini telah disampaikan oleh Dr. Zainudin Omar dari Pusat Pengajian Psikologi Gunaan Dasar dan Kerja Sosial UUM. Program ini berlangsung pada 15 Disember 2023 bertempat di Dewan Masyhur, Inasis YAB. Semoga program ini dapat memberikan manfaat kepada semua Exco kelab CAKNA dalam memimpin sesuatu organisasi atau program-program yang akan datang.
-Aliya Natasya (Pengarah Program)