PEMBELIAN TICKET BALIK KELANTAN DAN BALIK UUM KINI DIBUKA
Tujuan mengadakan program mastering protokol ini adalah untuk mendidik dan mendedahkan para pelajar tentang ilmu protokol majlis dan pengacaraan majlis dengan lebih mendalam. Harapan saya adalah supaya para pelajar dapat mempelajari definisi sebenar dunia protokol dan pengacaraan ini dengan baik dan dapat mempraktikan segala latihan yang diberikan agar setiap program yang bakal diadakan kelak berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Ini kerana ilmu protokol dan pengacaraan majlis ini sangatlah penting bagi memastikan sesuatu majlis ataupun program itu berjalan dengan lancar dan dengan jayanya.
-Azwin Airien (Pengarah program "Excelling In Official Function & Event")
University Social Responsibilities (USR) adalah merupakan model tanggungjawab sosial di mana universiti menggunakan keupayaan dan komitmen mereka untuk menggalakkan pelajar, dan kakitangan kampus menyediakan perkhidmatan sosial kepada komuniti setempat mereka. Justeru itu, Kelab Patriot Chapter Kelantan (CAKNA), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyahut seruan ini dengan menganjurkan satu program iaitu “Cakna: Preparation Brings Success” yang bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar UUM membuat persiapan awal sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester. Selain itu, ia dapat mewujudkan rasa kesedaran serta tanggungjawab sosial dalam kalangan exco CAKNA untuk membantu masyarakat secara sukarela serta membantu membina imej CAKNA dan UUM yang dinamik. Saya berharap dengan program ini ianya dapat mencapai objektif USR dan seterusnya menyumbang kepada agenda negara untuk melahirkan masyarakat yang pemurah dan saling bantu membantu melalui aktiviti bermanfaat yang lain.
-Aina Safia (Pengarah program "Cakna: Preparation brings Success")