PEMBELIAN TICKET BALIK KELANTAN DAN BALIK UUM KINI DIBUKA
‼️ *CAKNA TRAVEL : SEM BREAK EDITION* ‼️
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna 💙
CAKNA TRAVEL akan menyediakan perkhidmatan bas kepada mahasiswa/i UUM ( khususnya kepada para pelajar Kelantan ) sempena CUTI SEMESTER BAGI SESI A231 BERAKHIR✨
Pelajar boleh mengisi google form_di bawah sehingga selewat-lewatnya pada 1/4/2024 (ISNIN/11:59 MALAM)
✅ Butiran adalah seperti yang berikut:
🗓TARIKH:
📍KEL ➡️ UUM : 15/4/2024
⏱ MASA: 9.00 MALAM
🚌LALUAN YANG DIBUKA :
📍Tanah Merah-Pasir Mas-Kota Bharu
📍Jeli-Machang-Pasir Puteh-Bachok
Untuk tempahan boleh tekan link di bawah 👇
https://forms.gle/hniSxjC5dDGh5mXQ8
📌Untuk pembayaran tiket bas cakna:
Reference: (NAMA) BAS CAKNA
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
🔴 Luqman- https://wa.me/60197858052
🔴 Nasri- https://wa.me/60179097581
#kitajagakita
#caknaanakkelateuum
#caknapenerajumahasiswakelantan
Program ini dilaksanakan supaya setiap exco yang menjawat jawatan sebagai bendahari dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai cara-cara untuk menguruskan kewangan kelab, meminta penajaan untuk program dan cara-cara untuk menuntut akaun kontra setelah program yang dijalankan telah selesai. Program ini juga mengajar setiap exco yang menjawat jawatan sebagai bendahari menguruskan kewangan kelab dengan lebih cekap dan bertanggungjawab. Program ini berlangsung pada 10 November 2023 dan disampaikan oleh Muhammad Hafeez Bin Ilias, Bendahari Kelab Patriot Chapter Kelantan.
Program ini dilaksanakan supaya setiap exco yang menjawat jawatan sebagai setiausaha dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai cara-cara untuk menyediakan surat rasmi, memo, agenda dan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat pengurusan kelab atau program yang akan dijalankan oleh exco –exco kelab dengan mengikut format yang betul. Program ini berlangsung pada 10 November 2023 dan disampaikan oleh Che Ainun Sulehah Binti Che Sanu, Setiausaha Kelab Patriot Chapter Kelantan.
Program ini dilaksanakan supaya dapat memperkenalkan kebudayaan serta kesenian dikir barat kepada para pelajar Universiti Utara Malaysia. Persembahan dikir barat ini di persembahkan oleh Kumpulan Dikir Barat Sri Budi Bakti dan Srikandi Jawhara, Universiti Utara Malaysia. Program ini berlangsung pada 21 November 2023 bertempat di Pentas Utama Peskon sempena Malam Kebudayaan Peskon ke-36.
Program ini dianjurkan oleh Exco Informasi & Penerbitan, Kelab Patriot Chapter Kelantan (CAKNA) untuk memberi pendedahan kepada setiap exco kelab berkaitan cara-cara untuk menghasilkan poster dan sijil mengikut format yang betul. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam menggunakan aplikasi Canva serta meningkatkan kekreatifan dan daya cipta dalam kalangan ahli kelab CAKNA. Hal ini sejajar dengan salah sebuah Teras Malaysia Madani iaitu “Daya Cipta”. Program ini dijalankan pada 24 November 2023 melalui atas talian Google Meet.
"Hope Day" merupakan program yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) di mana program ini melibatkan hampir semua kelab dan persatuan di Universiti Utara Malaysia termasuk Kelab Patriot Chapter Kelantan (CAKNA). Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa atau mahasiswi yang baharu mengenai kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti kelab dan persatuan serta meningkatkan gaya kepimpinan dan kemahiran bekerja dalam kumpulan. Oleh itu, kelab kami iaitu Kelab Patriot Chapter Kelantan (CAKNA) menyediakan pelbagai jenis aktiviti, jualan serta menawarkan program-program yang menarik kepada para pelajar agar mereka dapat menjadi sebahagian daripada kelab kami disamping dapat menaikkan nama Kelab Cakna ke arah yang lebih baik. Program ini berlangsung pada 28 dan 29 November 2023 bertempat di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM.
Kami menyediakan perkhidmatan bas yang selesa dan harga tiket mampu milik kepada setiap mahasiswa dan mahasiswi Negeri Kelantan, UUM yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing terutamanya pada cuti pertengahan dan akhir semester. Perkhidmatan bas ini akan mengambil para penumpang dari inapan siswa masing-msing dan menghantar mereka ke stesen bas yang berdekatan dengan kampung halaman masing-masing. Selain itu, kami juga menyediakan makanan kepada para penumpang sekiranya mereka kelaparan sepanjang menaiki bas perkhidmatan kami. Akhir kata, kami akan sentiasa mencuba dan membaiki kekurangan yang terdapat dalam perkhidmatan ini mengikut keselesaan para penumpang. Kami juga berharap agar mahasiswa dan mahasiswi kelantan dapat menggunakan perkhidmatan bas kami untuk pulang ke kampung halaman.
Program ini dianjurkan oleh Exco Latihan & Pendidikan CAKNA bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam menguruskan sesuatu organisasi dalam kalangan semua Exco Kelab CAKNA. Program ini telah disampaikan oleh Dr. Zainudin Omar dari Pusat Pengajian Psikologi Gunaan Dasar dan Kerja Sosial UUM. Program ini berlangsung pada 15 Disember 2023 bertempat di Dewan Masyhur, Inasis YAB. Semoga program ini dapat memberikan manfaat kepada semua Exco kelab CAKNA dalam memimpin sesuatu organisasi atau program-program yang akan datang.
-Aliya Natasha (Pengarah Program "Improve Your Skill, Grow Your Knowledge")
Tujuan mengadakan program mastering protokol ini adalah untuk mendidik dan mendedahkan para pelajar tentang ilmu protokol majlis dan pengacaraan majlis dengan lebih mendalam. Harapan saya adalah supaya para pelajar dapat mempelajari definisi sebenar dunia protokol dan pengacaraan ini dengan baik dan dapat mempraktikan segala latihan yang diberikan agar setiap program yang bakal diadakan kelak berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Ini kerana ilmu protokol dan pengacaraan majlis ini sangatlah penting bagi memastikan sesuatu majlis ataupun program itu berjalan dengan lancar dan dengan jayanya.
-Azwin Airien (Pengarah program "Excelling In Official Function & Event"
University Social Responsibilities (USR) adalah merupakan model tanggungjawab sosial di mana universiti menggunakan keupayaan dan komitmen mereka untuk menggalakkan pelajar, dan kakitangan kampus menyediakan perkhidmatan sosial kepada komuniti setempat mereka. Justeru itu, Kelab Patriot Chapter Kelantan (CAKNA), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyahut seruan ini dengan menganjurkan satu program iaitu “Cakna: Preparation Brings Success” yang bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar UUM membuat persiapan awal sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester.
Selain itu, ia dapat mewujudkan rasa kesedaran serta tanggungjawab sosial dalam kalangan exco CAKNA untuk membantu masyarakat secara sukarela serta membantu membina imej CAKNA dan UUM yang dinamik. Saya berharap dengan program ini ianya dapat mencapai objektif USR dan seterusnya menyumbang kepada agenda negara untuk melahirkan masyarakat yang pemurah dan saling bantu membantu melalui aktiviti bermanfaat yang lain.
-Aina Safia (Pengarah program "Cakna: Preparation brings Success")
Seramai 34 orang mahasiswa Universiti Utara Malaysia daripada Kelab Patriot Chapter Kelantan (CAKNA) telah menyertai Kem Pengurusan Organisasi baru-baru ini. Program anjuran Exco Kebudayaan dan Kesenian CAKNA telah berlangsung selama 3 hari 2 malam yang bertempat di Sri Aur Chalet, Pantai Melawi, Bachok, Kelantan. Melalui pelaksanaan program ini, semua ahli kelab diharapkan agar mampu memperoleh ilmu pengetahuan baharu dalam memimpin kelab dan mampu memartabatkan budaya pengurusan yang profesional selaku pemegang taraf “mahasiswa”.
-Rifqi Aiman (pengarah program "Kem Pengurusan Organisasi")