Penggandaan merupakan proses yang menggandakan kata dasar. Kata ganda boleh mengalami sama ada penggandaan penuh ataupun penggandaan separa. Kata ganda ini terdiri daripada kata ganda jamak dan kata ganda separa tunggal dalam bahasa Melayu. Kata ganda jamak dibahagikan sama ada kata ganda makna jamak yang menunjukkan bilangan yang lebih daripada satu ataupun kata ganda makna bukan jamak yang menjadi satu elemen tunggal dalam sesuatu konteks ayat. Selain itu, kata ganda separa tunggal juga memiliki kata ganda separa tunggal yang membawa makna jamak dan makna bukan jamak. Kata ganda separa tunggal yang membawa makna jamak telah mendukung kata dasar dan digandakan secara separa dan kata ganda separa tunggal makna bukan jamak pula membawa makna yang menyerupai sesuatu pada kata dasarnya. Oleh itu, kata ganda dalam bahasa Melayu bukan sekadar bermaksud jamak tetapi ada kata ganda yang digandakan sahaja namun tidak membawa makna jamak pada kata dasarnya.