Jadual 1: Penggunaan Kata Ganda Jamak (Makna Jamak) dalam Ayat
Jadual 1 menunjukkan perkataan kata ganda jamak yang membawa makna jamak. Kata ganda jamak ini melibatkan seluruh kata dasar diulang atau digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk ayat. Contoh ayat (i), perkataan budak-budak menunjukkan penggandaan penuh yang menggandakan keseluruhan kata dasar dan ia juga menunjukkan bahawa budak-budakitu bukanlah seorang sahaja tetapi lebih daripada satu. Situasi ini sama juga dengan contoh ayat (ii) iaitu perkataan buku-buku. Maka, kata ganda jamak ini tidak mengalami sebarang perubahan bentuk ayat, tetapi berdasarkan contoh ayat (i) dan (ii), perkataan budak-budak dan buku-buku memberi makna bilangan yang banyak.
Merujuk kepada kata-kata yang memiliki bentuk khas untuk mendukung bentuk tunggal dalam bahasa Melayu.Â
Penggunaan kata biri-biri di ayat adalah lebih jelas maksudnya
Kata biri-biri merupakan morfem kosong yang sudah lengkap maknanya dalam mengungkapkan makna tunggal atau banyak
Penggunaan kata biri-biri biri-biri di ayat (ii) adalah tidak jelas dan kurang tepat maksudnya
kata biri-biri biri-biri salah dari segi tatabahasa Melayu dan menyebabkan makna ayat (ii) yang ingin disampaikan tidak jelas