Jadual 2: Penggunaan Kata Ganda Separa Tunggal (Makna Jamak) dalam ayat.
Jadual 2 menunjukkan perkataan pepohon dan dedaun merupakan kata ganda separa tunggal yang mendukung makna jamak. Dua kata nama ini membawa maksud jamak sesudah kata dasar digandakan secara separa. Sebagai contoh, perkataan dedaun dalam ayat (ii) tersebut sama maknanya dengan banyak daun atau pelbagai daun.
Jadual 3: Penggunaan Kata Ganda Separa Tunggal (Makna Bukan Jamak) dalam Ayat
Perkataan sesiku dalam ayat (i) merupakan kata ganda separa tunggal yang membawa makna jamak tetapi tidak boleh digandakan. Perkataan sesiku dalam ayat (i) telah disebut sebagai morfem kosong kerana tidak memerlukan sebarang pertambahan untuk membentuk jamak. Jika digandakan menjadi sesiku-sesiku seperti dalam ayat *(ii), ayat tersebut menjadi tidak gramatis kerana perkataan sesiku itu sendiri telah mendukung maksud banyak atau tunggal. Selain itu, perkataan lelangit dalam ayat (iii) pula tidak boleh dijamakkan menjadi lelangit-lelangit seperti dalam ayat *(iv) kerana perkataan lelangit tersebut telah mendukung makna satu. Oleh demikian, ayat (iii) tersebut menjadi gramatis dan ayat *(iv) pula tidak gramatis. Jadi, kedua-dua perkataan ini tidak boleh digandakan untuk menunjukkan jamak.
Perkataan sesiku dan lelangit membawa makna yang menyerupai sesuatu pada kata dasarnya iaitu siku dan langit