Nama saya June, seorang Perunding Hartanah Sepenuh Masa yang berdaftar di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) serta bernaung di bawah sebuah agensi hartanah berdaftar, iaitu Vigor Properties Malay Wing.
Saya amat komited membantu pelanggan dalam urusan jual, beli dan sewaan hartanah melalui pendekatan yang profesional, telus dan beretika.
Sejak menceburi industri hartanah, saya sentiasa memberi fokus kepada keperluan pelanggan serta memberikan nasihat yang jujur sepanjang proses urusan hartanah. Setiap urusan dikendalikan dengan penuh tanggungjawab bagi memastikan proses jual beli yang lancar, teratur dan selamat.
Berbekalkan 'market knowledge', rangkaian profesional dan pengalaman yang sedia ada, saya sedia membantu menguruskan urusan hartanah anda dengan cara yang mudah, pantas dan selamat.
📞 Anda dialu-alukan untuk menghubungi saya untuk berbincang, tanpa sebarang komitmen. Saya sentiasa bersedia membantu anda membuat keputusan hartanah yang tepat, InshaAllah. 😊
Love,
June