Jual hartanah anda tanpa kerumitan.
Urusan yang mudah, pantas dan selamat.
Dibimbing sepenuhnya dari awal hingga akhir.
Ramai pemilik tidak pasti sama ada harga hartanah mereka terlalu tinggi atau terlalu rendah. Harga yang tidak tepat boleh melambatkan jualan atau menyebabkan anda kehilangan potensi keuntungan.
Kadangkala, walaupun hartanah telah disenaraikan, jumlah pembeli yang benar-benar berminat masih rendah. Ini selalunya berpunca daripada pemasaran yang kurang berkesan atau maklumat iklan yang tidak jelas.
Daripada semakan kelayakan pinjaman, SPA, laporan penilaian hinggalah proses perundangan, ramai pemilik berasa terbeban dengan urusan dokumentasi yang terlibat.
Tanpa strategi pemasaran yang profesional, hartanah anda mungkin tidak sampai kepada sasaran pembeli yang tepat, sekali gus menyebabkan tempoh menunggu tawaran menjadi lebih lama.
Mengurus pertanyaan, viewing dan follow-up dengan prospek boleh memakan banyak masa, terutamanya bagi pemilik yang sibuk.
Sebahagian pemilik tidak pasti sama ada hartanah mereka berada pada tahap terbaik untuk dipasarkan , atau jika ada pembaikan kecil perlu dilakukan sebelum disenaraikan.
Pemilik sering menerima tawaran yang jauh lebih rendah daripada harga yang diharapkan, sekali gus menjadikan proses jualan lebih tertekan dan mengecewakan.
Sukar menapis pembeli yang benar-benar layak. Pembeli yang tidak memenuhi syarat boleh membuang masa atau menyebabkan transaksi gagal kemudian.
Pemilik mungkin risau tentang isu undang-undang atau hak milik yang boleh menyulitkan proses jualan.
Bagaimana Saya Membimbing Anda Untuk Menjual Hartanah Tanpa Kerumitan, Cepat dan Selamat?
Kami menetapkan harga berdasarkan pasaran semasa agar hartanah lebih cepat menarik pembeli yang benar-benar berminat, tanpa perlu menunggu lama.
Kami memasarkan hartanah anda melalui saluran digital, portal hartanah dan media sosial agar sampai kepada pembeli yang benar-benar berminat dalam masa yang singkat.
Kami memastikan hanya pembeli yang layak dari segi pinjaman dan benar-benar bersedia sahaja dipertemukan dengan anda, agar proses jual beli berjalan lancar tanpa membuang masa.
Kami menguruskan proses perundingan bagi pihak anda dengan penuh profesionalisme, demi mendapatkan harga terbaik dalam suasana yang adil dan telus.
Kami urus semua dokumen dan bekerjasama dengan pihak bank & peguam untuk bagi memudahkan proses jualan yang lancar dan patuh peraturan.
Daripada listing hartanah hingga penyerahan, kami membimbing anda di setiap langkah supaya proses jualan menjadi mudah dan tanpa tekanan.
Anda akan menerima kemas kini yang jelas setiap peringkat iaitu dari perkembangan pemasaran, tawaran, hingga jadual transaksi.
STEP 1
Hubungi saya melalui WhatsApp atau Telegram untuk memulakan perbincangan mengenai hartanah anda.
STEP 2
Dengan pemeriksaan hartanah yang menyeluruh, kami memastikan semua maklumat penting tersedia untuk proses jual beli yang lancar.
STEP 3
Kami memasarkan hartanah anda secara menyeluruh, online dan offline, di platform hartanah popular serta saluran terpilih untuk sampai kepada pembeli yang tepat.
STEP 4
Saya akan menguruskan rundingan antara anda dan pembeli berpotensi untuk memastikan anda mendapat tawaran terbaik.
SEDIA UNTUK LANGKAH SETERUSNYA?
"CLICK BUTTON" DI BAWAH DAN SY AKAN BANTU ANDA.
KENAPA PERLU MEMILIH KAMI?