Pelajar wajib serahkan dokumen kepada Penyelia LI Fakulti (PF) dalam masa seminggu selepas LI iaitu:
(i) Laporan Akhir LI (hardcopy)
(ii) Buku Log LI
(iii) Rubrik Pemarkahan Penyelia LI Industri (PI) – sila rujuk Lampiran D
Pelajar dikira gagal sekiranya:
(i) Tidak menjalani LI dan tiada rekod tarik diri setelah membuat pengakuan menerima tawaran LI.
(ii) Menukar penempatan LI tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada Timbalan Dekan (Akademik) fakulti/Timbalan Dekan (HEPA)/pejabat akademik.
(iii) Menjalani LI kurang daripada tempoh minimum 80% kehadiran yang telah ditetapkan dalam program akademik fakulti.
(iv) Tidak menghantar laporan dan buku log pada tarikh yang telah ditetapkan setelah tamat menjalani LI. (Sila rujuk Perkara 29(2)(b) dalam Peraturan Akademik, UTHM).
(v) Markah pelajar hanya akan dihantar secara online selepas penyelaras LI Jabatan memperolei bukti penghantaran semua perkara di atas, sekiranya tidak dapat.
(vi) Membuat pemalsuan dokumen atau maklumat berkaitan dengan LI, seperti memalsukan surat tawaran, buku log, buku laporan, surat pengakuan kehadiran, sijil cuti sakit dan sijil cuti kematian ahli keluarga terdekat.