Kerjasama Industri JKM

Carousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel image

Meningkatkan kadar pengeluaran karipap hasil kepakaran ciptaan CeDS, UTHM : Mesin Pembentuk dan Pengisian Automatik

IKS, SELANGOR - Pengisian serbaguna dan mesin pembentuk yang disyorkan untuk menghasilkan Karipap untuk restoran, roti, pasar raya atau syarikat makanan. Berupayaan untuk mengendalikan doh tekstur yang berbeza, kandungan lembapan dan konsistensi. Mesin ini boleh melepaskan doh ke dalam tiub dan mampu memproses dan pembentukan banyak jenis inti, termasuk keju, daging, sayuran cincang, pasta kacang atau kentang yang biasa. Sistem penyejukan air yang unik boleh menghalang haba daripada menjatuhkan kualiti adunan. Dengan 4 motor terbina dalam bebas, 35 liter tangkai pengisi dan acuan yang dibuat khas, mampu menghasilkan sehingga 2,650 karipap atau samosa dalam masa satu jam. Ini berpandukan tekapan pelbagai bentuk mengikut alat penukaran.

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, CeDS melalui penyelidik En. Khairulnizam bin Othman telah mengadakan kerjasama industri melalui dana PPRN dalam usaha menyumbang kepakaran kepada Syarikat IKS Esir Enterprise yang beroperasi di Rawang, Selangor. Syarikat Esir Enterprise merupakan syarikat perusahaan karipap dan samosa yang akses produk berkonsepkan tempahan, borong dan frozen sebagai platform untuk menjalankan perniagaan.

Carousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel image

En. Khairulnizam bin Othman, Pensyarah JKM, CeDS

CeDS, UTHM sumbang kepakaran dalam perusahaan Industri Kecil Sederhana (IKS) - Mesin Pembancuh Coklat Automatik

IKS, PERAK - “Hasil pengeluaran harian meningkat dari 300 ke 3000 keping coklat” begitu reaksi Pengusaha Zammar Trading selepas mengunakan teknologi mesin pembancuh coklat dengan vibrator anti gelembung yang dihasilkan oleh penyelidik CeDS, UTHM.

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, CeDS telah mengadakan kerjasama industri melalui dana PPRN dalam usaha menyumbang kepakaran kepada Syarikat IKS Zammar Trading yang beroperasi di Kampung Gajah, Perak.

Syarikat Zammar Trading merupakan syarikat perusahaan missla coklat soya bar yang akses produk berkonsepkan tempahan, borong dan atas talian sebagai platform untuk menjalankan perniagaan.

Carousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel image

Peningkatan Pengeluaran Nab Industri Enterprise sebanyak 60% hasil sumbangan kepakaran penyelidik CeDS, UTHM- Mesin Pengacau dan Pengadun Doh Automatik

IKS, PERAK - “Hasil pengeluaran meningkat, perniagaan saya semakin berkembang”, begitulah reaksi Pengusaha NAB Industri Enterprise selepas melihat perusahaan kuih peneramnya meningkat hasil sumbangan kepakaran penyelidik CeDS UTHM.

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Pusat Pengajian Diploma (CeDS) UTHM melalui ketua projek Ts Mohd Shahir Yahya, telah mengadakan kerjasama industri melalui dana PPRN dalam usaha menyumbang kepakaran kepada Syarikat IKS NAB Industri Enterprise yang beroperasi di Bagan Serai, Perak.

Syarikat NAB merupakan syarikat perusahaan kuih peneram yang berkonsepkan food truck. Sehingga kini syarikat ini mempunyai 3 buah food truck yang menggerakkan aktiviti perniagaan kuih peneram sehingga mampu menjana pendapatan sebanyak RM500,000.00 setahun.