LI merujuk kepada kursus Hadir Wajib (HW) Universiti yang menempatkan pelajar di sesebuah organisasi sama ada di dalam atau di luar negara untuk menjalani latihan praktikal sebelum mereka dianugerahkan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
Pelajar telah mempunyai 60% kredit dapat sebelum melaksanakan latihan industri.
Tempoh latihan industri adalah seperti berikut:
Tempoh Program
18 minggu Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DAM)
Walau bagaimanapun, tempoh latihan industri akan diselaraskan dengan perkembangan terkini berkaitan ETAC & MBOT.
Pelajar perlu mendaftar terus secara sistem online iaitu: sistem e-LI
Kebiasaannya pada dua (2) semester sebelum LI. Tarikh yang tepat akan diumumkan oleh Penyelaras LI CeDS dalam Taklimat LI Pertama (contohnya hujung semester 1, sekiranya LI pada semester 3)
Pelajar perlu log-in dan mendaftar di alamat berikut iaitu
menggunakan ID & Password email pelajar UTHM.
Data pelajar yang telah mengesahkan syarikat akan terus diambil daripada sistem e-LI pada minggu ke-2 LI ketika LI berlangsung.
Pelajar yang tidak mengesahkan syarikat pada minggu ke-2 berlangsung LI, perlu membuat pendaftaran secara manual di Pejabat Akademik, CeDS.
Hanya ada Tiga (3) dokumen sahaja iaitu:
(i) Surat permohonan latihan industri UTHM
(ii) Borang jawapan permohonan latihan industri
(iii) Resume pelajar
Melalui salah satu cara seperti di bawah:
(i) Diposkan sendiri oleh pelajar
(ii) Dihantar sendiri oleh pelajar ke syarikat by-hand
PHUI adalah singkatan bagi Pejabat Hubungan Universiti & Industri.
Mulai semester 1 sesi 2018/2019, para pelajar tidak perlu datang ke pejabat akademik CeDS untuk mengambil surat permohonan dan penempatan kerana pelajar sudah boleh mencetak sendiri surat tersebut melalui system e-LI.
Maksimum 3 syarikat sahaja.
i. Pelajar akan dimaklumkan/dihubungi oleh syarikat secara terus atau melalui perantaraan PHUI.
ii. Mekanisme makluman samada melalui telefon, email, surat dsb.
iii. Pelajar dinasihatkan kerap menghubungi syarikat terbabit bagi mendapatkan perkembangan & keputusan permohonan.
i. Sekiranya BERJAYA, pelajar perlu mengemukakan Borang Jawapan Permohonan latihan industri yang siap dicop & disahkan oleh syarikat.
Sekiranya DITOLAK, pelajar turut boleh menggunakan bukti bertulis yang lain seperti email penolakan pihak syarikat. Kesemua dokumen perlu diemail kepada phi@uthm.edu.my. Sila hubungi PHI (07-4537457) setelah anda email dokumen anda untuk semakan dari masa ke semasa.
Penolakan melalui telefon dikira tidak sah. Pelajar perlu meminta jawapan penolakan secara bertulis daripada syarikat terbabit.
Sekiranya hal ini berlaku, pelajar perlu menunggu sehingga tarikh terbatalnya surat permohonan rasmi LI.
Sebulan dari tarikh surat dicetak. Hal ini khusus bagi pelajar yang bercadang membatalkan permohonan ke syarikat yang tiada respon dalam tempoh diberikan.
Namun begitu, pelajar dibenarkan menunggu jawapan dari syarikat lebih dari tempoh terbatalnya surat ini sekiranya masih berminat untuk praktikal di tempat tersebut.
Hanya boleh tambah satu (1) syarikat untuk dua (2) syarikat telah menolak permohonan pelajar terbabit atau pun terbatalnya had tempoh cetakan Surat Permohonan Penempatan LI.
PENOLAKAN syarikat perlu melalui dokumen bertulis seperti Borang jawapan LI, email, faks dsb.
Sebagai contoh, rujuk maklumat di bawah:
(i) Kemahiran Lain = spt kemahiran kokurikulum contohnya bersilat, taekwondo, rowing dsb.
(ii) Kemahiran Teknikal = Lukisan Kejuruteraan manual, Lukisan Kejuruteraan berbantu AutoCAD, Welding, Machining
(iii) Kelayakan Profesional = Menganggotai IEM, BEM dsb.
Pelajar perlu menyediakan 2 orang nama pensyarah/pengajar PPD. Salah seorang, pelajar boleh meletakkan nama penyelaras latihan industri jabatan masing-masing.
Pelajar tidak boleh print resume. Resume diperlukan sebagai syarat untuk pelajar print Surat Permohonan Penempatan LI.
Prosedur seperti di bawah:
(i) Pelajar dah mengisi secara online di laman web e-LI
(ii) Pelajar lengkapkan maklumat berkaitan syarikat yang ingin dipohon di dalam website e-LI
(iii) Pengesahan akan dilakukan oleh pihak PHUI.
(iv) Staf PHUI akan masukkan maklumat berkaitan ke sistem e-LI, anggaran dalam masa tiga(3) hari bekerja.
(v) Pelajar semak sistem e-LI, dan pilih syarikat tersebut. Seterusnya, laksanakan prosedur normal proses Permohonan Penempatan LI.