Assalamualaikum...
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana rahmat dan limpah kurniaNya saya berpeluang mencoretkan secalit kata buat semua.
Terlebih dahulu, saya melahirkan rasa kesyukuran kerana menjadi sebahagian daripada ahli keluarga JKA, Saya amat bersyukur kerana jabatan ini mempunyai pensyarah yang sentiasa bekerjasama serta menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga pada semua ahli jabatan yang terbukti telah berjaya memikul tanggungjawab melaksanakan semua tugas dan amanah yang telah disasarkan kepada diri asing-masing. Semua perancangan jabatan yang kita sama-sama gariskan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Akhir kata, semoga di tahun ini akan menyaksikan lebih banyak kejayaan yang bakal diukir oleh para pensyarah bagi mendokong visi dan misi Mizanis Tebilang.
Selaku Ketua Jabatan, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan dalam merealisasikan impian kta bersama untuk menjadi sebuah jabatan yang terbaik.
Ts. Abd Hakim bin Abdul Majid
Ketua Jabatan
Jabatan Kecemerlangan Akademik