PENGENALAN
Projek New Pedagogies for Deep Learning (NPDL) adalah projek Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ia adalah projek di bawah Inisiatif Peluasan Penggunaan Teknologi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Konsep NPDL merupakan salah satu pertimbangan penting apabila IPGM diberikan amanah untuk membangunkan Modul 7 (Digital Tools and Resources) untuk Program Transformasi Sekolah (TS25). Sebagai kesinambungan Modul 6 (Kefahaman melalui Reka bentuk (KmR)), Modul 7 memantapkan pembudayaan pembelajaran bermakna melalui pemanfaatan digital secara lebih terancang dan menyeluruh. IPG berperanan sebagai peneraju pembelajaran bermakna (deep learning) yang merupakan salah satu teras TS25 untuk memacu inti pati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025) iaitu sekolah yang berkualiti dan kemenjadian murid.
LAPORAN KPPB