Sejarah Pertubuhan Pengakap Malaysia
Sejarah Pertubuhan Pengakap Malaysia
Persekutuan Pengakap Malaysia, ringkasnya PPM ialah suatu pertubuhan beruniform sukarela untuk para beliawan dan beliawanis. Ia sebahagian daripada pertubuhan kepanduan atau kepengakapan global iaitu Persekutuan Pengakap Sedunia ataupun World Organization of the Scout Movement. Persekutuan Pengakap Malaysia bergerak di bawah Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1968. Sehingga kini, hanya PPM satu-satunya pertubuhan seumpamanya yang dikuatkuasakan melalui akta Parlimen.
Ketua Pengakap Negara, Dato' Seri Paduka Dr. Shafie Hj. Mohd Salleh menerima Diploma pengesahan penubuhan 100 tahun Persekutuan Pengakap Malaysia, ketika Persidangan Pengakap Sedunia di Curitiba, Brazil pada 10 Januari 2011.
Kepengakapan wujud di dunia ini hasil kejayaan perkhemahan anjuran Robert Baden-Powell atau lebih dikenali sebagai BP, di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Dari situ, kegiatan berpengakap telah pun muncul di tanah air seawal 1908 lagi dianggotai oleh anak-anak pegawai-pegawai British. Pasukan pertama pengakap bagaimanapun ditubuhkan di Singapura pada 1910 oleh Sir Frank Cooper Sands, seorang pemimpin dari Nottingham, England. Untuk dua dekad seterusnya pergerakan pengakap tersebar ke seluruh Tanah Melayu dan Borneo.
Pulau Pinang
1908, sebuah kumpulan percubaan ditubuhkan di YMCA Pulau Pinang
1910, Kumpulan YMCA ini dirasmikan penubuhannya dengan En R Robert sebagai Pemimpin dan En Goh G H dan En George Pykett sebagai Penolong Pemimpin
1915, ditubuhkan di Sekolah Penang Free oleh Tuan HR Cheeseman
Kuala Lumpur dan Selangor
1910, ditubuhkan di Victoria Institution (dahulunya di dalam Selangor, kini Kuala Lumpur) oleh En B E Shaw
Pahang
1912, Ditubuhkan oleh Mr G.M. Laidlaw sehingga beliau meninggal.
1927, dihidupkan semula oleh oleh H P Herslet
Sabah
1913, diperkenalkan oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Sandakan
Sarawak
1913, juga dibawa oleh Reverend Thomas Cecil Alexander, ke Anglican Bishop House,Kuching
Kedah
1922, diperkenalkan oleh E C Hicks, E A G Stuart, R P S Walker dan C W Bloomfield di Kolej Sultan Abdul Hamid
Negeri Sembilan
1923 dimulakan oleh Residen British Edward Shaw Hose dan secara rasmi pada 1925 oleh Bird Smith dan Roger Smith bersaudara
Perak
1926, oleh L R Wheeler di Kolej Melayu Kuala Kangsar
Melaka
1926, dibawa oleh R Brunstone
Terengganu
1927, ditubuhkan oleh A J Gracle
Kelantan
1927, ditubuhkan oleh YM Tengku Ahmad Panglima Raja di Maktab Sultan Ismail
Johor
1928, ditubuhkan oleh En H R Cheeseman di English College
(kini Maktab Sultan Abu Bakar)
Perlis
1931, dibawa oleh Bird dan Roger Smith bersaudara
Sejarah Pertubuhan Pengakap Malaysia
Kumpulan Latihan Malaysia