Info PPM
Info PPM
Lambang/Logo Persekutuan Pengakap Malaysia
Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:
- Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap.
Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.
Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"
Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"
Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia".
Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap.
- Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak",
- Hijau - "Pengakap Muda",
- Merah - "Pengakap Remaja"
Lirik Lagu Pengakap Malaysia
Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta
Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama
Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara
Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia