Pasport
—
—
Pasport Inderaloka adalah dokumen perjalanan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Inderaloka kepada warganegara untuk tujuan perjalanan ke luar negara. Pasport ini membuktikan identiti dan kewarganegaraan pemegang serta memberi hak kepada mereka untuk mendapatkan perlindungan daripada perwakilan diplomatik Inderaloka semasa berada di luar negara.
Pasport Inderaloka terbaharu, diperkenalkan pada 2018, adalah pasport elektronik (e-Pasport) yang mematuhi standard Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Pasport ini mengandungi cip biometrik yang menyimpan maklumat pemegang pasport, termasuk imej wajah digital dan cap jari.
Warna: Biru, hijau, merah, teal, putih dan emas
Muka hadapan: Perkataan "Inderaloka", "ايندرالوک", "Pasport" dan "Passport", Jata Negara, dan simbol cip pasport biometrik
Bilangan halaman: 48 halaman
Halaman maklumat: Halaman polikarbonat dengan maklumat peribadi dan foto pemegang pasport
Halaman dalaman: Menonjolkan imej bangunan, warisan budaya, dan flora fauna ikonik Inderaloka
Cip biometrik yang memenuhi standard ICAO
Cetakan holografik dan cetakan ultraungu (UV)
Mukasurat dengan corak pengenalan serat optik
Benang keselamatan dengan mikroteks
Gambar pemegang yang bertindih dengan halaman data
Pelbagai ciri tersembunyi untuk pengesahan keaslian
Dokumen perjalanan utama bagi warganegara Inderaloka untuk ke luar negara.
Warna Kulit: Biru.
Dikeluarkan Kepada: Semua Warganegara Inderaloka yang sah dan tidak disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen atau mahkamah.
Kegunaan: Perjalanan ke luar negara untuk urusan peribadi, pelancongan, pendidikan atau perniagaan persendirian dan perubatan.
Diiktiraf di seluruh dunia.
Memberi akses tanpa visa (visa-free) ke negara-negara yang mempunyai perjanjian timbal balas dengan Inderaloka.
Tempoh Sah Laku: Lima (5) tahun (dewasa; 18 tahun dan ke atas), tiga (3) tahun (kanak-kanak; 18 tahun ke bawah) dari tarikh dikeluarkan.
Dokumen perjalanan khusus untuk pegawai kerajaan yang menjalankan tugas rasmi kerajaan tetapi tidak bertaraf diplomatik.
Warna Kulit: Hijau.
Dikeluarkan Kepada: Pegawai Kerajaan dan pegawai Badan Berkanun yang diluluskan, anggota pasukan keselamatan (Angkatan Tentera Inderaloka/Polis Diraja Inderaloka) yang bertugas di luar negara, ahli delegasi sukan atau kebudayaan yang mewakili negara secara rasmi.
Kegunaan: Urusan rasmi Kerajaan sahaja (mesyuarat, persidangan, lawatan kerja rasmi). Tidak sah digunakan untuk perjalanan peribadi atau pelancongan.
Pengecualian visa bagi negara tertentu mengikut perjanjian diplomatik.
Layanan imigresen khas di kaunter tertentu (tertakluk kepada fasiliti negara penerima).
Tempoh Sah Laku: Lima (5) tahun dari tarikh dikeluarkan atau mengikut tempoh tugasan rasmi (mana yang lebih awal).
Dokumen perjalanan berstatus tinggi untuk pemimpin negara dan kor diplomatik.
Warna Kulit: Merah.
Dikeluarkan Kepada: Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan Menteri, Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik Inderaloka (Duta Besar/Pesuruhjaya Tinggi) dan keluarga tanggungan mereka yang menetap di luar negara, pegawai kanan kerajaan.
Kegunaan: Menjalankan tugas rasmi diplomatik yang melibatkan dasar luar negara dan mewakili kedaulatan kerajaan (bukan peribadi).
Kekebalan diplomatik (diplomatic immunity) dan perlindungan di bawah Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961.
Laluan VIP/Diplomatik di pintu masuk antarabangsa.
Beg diplomatik (diplomatic pouch) tidak boleh diperiksa atau ditahan.
Tempoh Sah Laku: Lima (5) tahun dari tarikh dikeluarkan atau tamat tempoh perkhidmatan (yang mana lebih awal). Wajib dipulangkan apabila tidak lagi memegang jawatan.
Dokumen perjalanan spesifik untuk ke negara khusus (Malaysia), bukan untuk perjalanan global.
Warna Kulit: Putih.
Dikeluarkan Kepada: Warganegara Inderaloka yang ingin melawat keluarga terdekat di Malaysia dan telah melalui proses saringan keselamatan dan mempunyai bukti kekeluargaan yang sah (ibu bapa, pasangan, anak, atau adik-beradik kandung) yang menetap di Malaysia.
Pengesahan bukti kekeluargaan mestilah diperakui oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Inderaloka sebelum permohonan diluluskan.
Kegunaan: Perjalanan lintas sempadan (cross-border) ke negara Malaysia sahaja.
Tempoh Sah Laku: Tiga (3) tahun dari tarikh dikeluarkan. Tidak boleh dilanjutkan; perlu memohon baharu selepas tamat tempoh.
Kadar bayaran ditetapkan pada kadar rendah (30% daripada harga pasport antarabangsa biasa).
Dokumen perjalanan eksklusif yang melambangkan kedaulatan Sultan.
Warna Kulit: Kuning.
Dikeluarkan Kepada: Kerabat diraja, penerima Biasiswa Diraja Inderaloka dan tetamu kehormat negara yang diperkenankan oleh Sultan serta pegawai Khas yang mengiringi Seri Paduka Baginda secara langsung.
Kegunaan: Perjalanan rasmi dan peribadi kerabat Diraja dan urusan pendidikan untuk penerima Biasiswa Diraja Inderaloka.
Protokol Diraja penuh di peringkat antarabangsa.
Pengecualian pemeriksaan ketat imigresen dan kastam mengikut amalan diplomasi antarabangsa (comity of nations).
Tempoh Sah Laku: Sepuluh (10) tahun dari tarikh dikeluarkan atau mengikut tempoh tajaan atau perkhidmatan.
Dokumen perjalanan sementara (Ad-hoc).
Warna Kulit: Teal.
Dikeluarkan Kepada: Warganegara Inderaloka yang kehilangan pasport pasportnya telah tamat tempoh di luar negara dan rakyat yang dihantar pulang (repatriation) atas arahan kerajaan.
Kegunaan: Perjalanan sehala (one-way) sahaja untuk kembali ke Inderaloka.
Dikeluarkan oleh ketua misi diplomatik Inderaloka di luar negara; duta besar, pesuruhjaya tinggi, konsul jeneral, konsul dan , wakil tetap
Membolehkan pemegang melepasi kawalan imigresen sempadan antarabangsa secara sah tanpa pasport penuh untuk tujuan pulang ke tanah air.
Tempoh Sah Laku: Enam (6) bulan dari tarikh dikeluarkan atau sehingga tiba di Inderaloka (sekali penggunaan sahaja).
Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon pasport Inderaloka:
Pra-permohonan dalam talian:
Pemohon boleh mendaftar dan mengisi borang pra-permohonan melalui Portal e-Perkhidmatan Imigresen Inderaloka. Sistem ini akan memberi tempahan tarikh temu janji di pejabat imigresen.
Lawatan ke pejabat imigresen:
Pada tarikh temu janji, pemohon perlu hadir ke Pejabat Imigresen yang dipilih dengan dokumen yang diperlukan.
Dokumen yang diperlukan:
Kad pengenalan atau sijil kelahiran
Bukti kewarganegaraan jika dilahirkan di luar negara
Pasport lama (untuk pembaharuan)
Gambar berukuran pasport yang memenuhi spesifikasi
Surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pemohon berumur bawah 18 tahun
Dokumen tambahan mungkin diperlukan dalam kes tertentu
Pembayaran:
Yuran permohonan boleh dibayar secara dalam talian semasa pra-permohonan atau di kaunter pejabat. Pemohon bagi pasport terhad akan dikenakan bayaran sebanyak ₭50.00, manakala bagi pasport rasmi, diplomatik dan diraja, tiada bayaran akan dikenakan. Kadar yuran semasa bagi pasport biasa adalah:
Pemohon biasa (13 tahun-59 tahun): ₭200.00
Warga emas (60 tahun dan ke atas): ₭100.00
Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah): ₭100.00
Pelajar mengikuti Program Ijazah Luar Negara (21 tahun dan ke bawah): ₭100.00
Jemaah Haji di bawah Lembaga Tabung Haji: ₭100.00
Orang Kelainan Upaya (OKU): Percuma
Pengambilan biometrik:
Pemohon perlu menjalani proses pengambilan gambar digital dan cap jari (untuk pemohon berusia 12 tahun ke atas) di pejabat imigresen.
Pemprosesan:
Tempoh pemprosesan standard adalah 5 hari bekerja. Perkhidmatan ekspres juga tersedia dengan tambahan yuran.
Pengambilan pasport:
Pemohon akan dimaklumkan melalui SMS atau e-mel apabila pasport sedia untuk diambil. Pengambilan boleh dibuat di pejabat yang sama di mana permohonan dibuat.
Pemegang pasport Inderaloka boleh melawat lebih 150 negara dan wilayah tanpa visa atau dengan visa ketibaan, menjadikannya antara pasport yang paling berkuasa di rantau Asia Tenggara.
Semua negara anggota ASEAN membenarkan warganegara Inderaloka melawat tanpa visa untuk tempoh 14 hingga 30 hari.
Termasuk Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Macau dan Sri Lanka yang membenarkan lawatan bebas visa atau visa ketibaan.
Kebanyakan negara Eropah memerlukan visa Schengen, tetapi beberapa negara seperti Turki dan Georgia menawarkan lawatan bebas visa.
Beberapa negara di Amerika Selatan dan Tengah membenarkan lawatan bebas visa, manakala Amerika Syarikat dan Kanada memerlukan visa.
Seperti kebanyakkan negara di dunia, pasport Inderaloka juga mempunyai catatan bagi mengenal pasti bahawa pembawa sebagai warganegara negara pengeluar, meminta pemegang itu dibenarkan masuk dan melalui negara lain, dan selanjutnya meminta, apabila perlu, diberikan bantuan selaras dengan norma antarabangsa. Catatan tersebut dipaparkan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
"Bahawasanya atas nama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan bagi Negara dan Sekalian Jajahan Naungan Inderaloka, diminta semua yang berkenaan supaya membenarkan pembawa pasport ini melalui negara berkenaan dengan bebas tanpa halangan atau sekatan dan memberikan sebarang pertolongan dan perlindungan yang perlu kepadanya."
"This is to request and require in the name of His Majesty the Sultan and Lord of All the State and Dependencies of Inderaloka, all whom it may concern to allow the bearer of this passport to pass freely without let or hindrance, and to afford the bearer such assistance and protection as may be necessary."
Halaman data dan maklumat dicetak dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Di halaman data, terdapat maklumat berkaitan dengan pemegang pasport, di maklumat tersebut terdiri daripada gambar yang didigitalkan serta data pasport dan pemegang pasport:
Gambar pemegang pasport
Jenis ('P' untuk pasport)
Kod negara ('IDR' untuk Inderaloka)
Nombor siri pasport
Nama pemegang pasport
Jantina ('M' atau 'F')
Kerakyatan ('Inderaloka')
Nombor kad pengenalan
Tarikh lahir (HH-BB-TTTT)
Tempat lahir (Negeri atau negara kelahiran)
Tarikh pasport dikeluarkan (HH-BB-TTTT)
Pihak berkuasa yang mengeluarkan pasport
Tarikh tamat tempoh (HH-BB-TTTT)
Nombor kad pengenalan
Perubahan (jika ada)
Tinggi (dalam sentimeter)
Jabatan Imigresen Inderaloka
Kompleks Kerajaan Persekutuan,
Jalan Pertiwi, Bandar Astaputra.
Tel: +603-8880-1234
E-mel: info@immigration.gov.il
Warganegara yang berada di luar negara boleh mendapatkan bantuan berkaitan pasport dari kedutaan atau konsulat Inderaloka yang terdekat. Senarai lengkap kedutaan boleh didapati di laman sesawang Kementerian Luar Negeri.