EKSPLORASI MAKSIMA DUNIA KERJAYA STEM
Inovasi ini telah menghasikan model kerjaya STEM
Model Kerjaya STEM yang dihasilkan ialah PENTAGON MODEL KERJAYA STEM-SS
Pentagon Model Kerjaya STEM terdiri daripada bentuk pentagon, Sains, Teknologi, Engineering, Mathematics dan Soft Skills dalam kerjaya STEM
Pentagon merujuk kepada sebuah bentuk geometri dua dimensi yang mempunyai lima sisi dan lima sudut. Terdapat dua jenis pentagon iaitu :
a) Pentagon Sekata (Regular Pentagon): Ini adalah pentagon di mana semua sisi dan sudutnya adalah sama. Setiap sudut dalam pentagon sekata adalah 108 darjah.
b) Pentagon Tidak Sekata (Irregular Pentagon): Ini adalah pentagon yang mempunyai sisi dan/atau sudut yang tidak sama panjang atau ukurannya.
Melibatkan kajian tentang dunia semula jadi melalui pemerhatian dan eksperimen.
Merujuk kepada penggunaan alat, mesin, dan perisian untuk menyelesaikan masalah dan meningkatkan keupayaan manusia.
Penerapan prinsip-prinsip sains dan matematik untuk mereka bentuk, membina, dan menyelenggara struktur, mesin, dan sistem.
Matematik berkaitan nombor, kuantiti, bentuk, dan corak, yang penting untuk semua bidang STEM yang lain.
Kemahiran peribadi dan interpersonal yang tidak berkaitan secara langsung dengan pengetahuan teknikal atau profesional seseorang tetapi sangat penting untuk kejayaan dalam pelbagai kerjaya STEM. Contoh kemahiran insaniah ialah kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran mengurus masa, kemahiran kerja berpasukan, efikasi kendiri kreatif, regulasi kendiri & resilien