EKSPLORASI MAKSIMA DUNIA KERJAYA STEM
JOM! AMALKAN
SURVEY (TINJAU)
Baca tajuk, tajuk kecil dan rumusan satu bab
Dapatkan gambaran secara kasar
QUESTION (SOAL)
Bina soalan seperti apa, mengapa, bagaimana, di mana siapa, bila dan sebagainya.
READ (BACA)
Baca bagi mendapatkan idea, mengumpul fakta dan memahami keseluruhan tajuk atau bab
Gunakan idea atau fakta bagi menjawab soalan yang sudah dibina
RECTIE (LAFAZ)
Baca, ingat, tutup buku, ingat dan buka buku semak semula
Jika tidak ingat ulang proses yang sama
REVIEW (ULANGKAJI)
Catat semula fakta atau isi penting
Gunakan kata kunci
Buat nota ringkas, peta minda, peta konsep, carta aliran, kad istilah dan sebagainya
OVERVIEW (GAMBARAN KESELURUHAN)
Sediakan bahan untuk dibaca
Baca bahan sercara sepintas lalu bagi mendapatkan gambaran hubungan antara topik, subtopik dan susunan bahan secara umum.
Baca tajuk utama, tajuk-tajuk kecil dan rumusan pada akhir bab.
Pembacaan adalah bagi mendapatkan gambaran umum berkenaan dengan bab yang sedang anda baca.
KEY IDEAS (IDEA KATA KUNCI)
Kenal pasti perkataan utama atau kata kunci dalam setiap tajuk, sub tajuk dan rumusan,
Tukar tajuk daripada bentuk kenyatan kepada bentuk soalan.
READ (BACA)
Baca secara intensif bagi mengumpul kata kunci, fakta atau isi penting
Kenalpasti di mana letaknya jawapan bagi soalan yang dikemukanan berdasarkan tajuk atau sub tajuk.
Cuba perhatikan cara idea, kata kunci disokong oleh fakta atau isi penting
RECALL (MENGINGAT SEMULA)
Selepas membaca pastikan sama ada anda dapat mencatatkan semua kata kunci dan isi-isi penting yang sudah dikenalpasti.
REFLECT (IMBAS KEMBALI)
Imbas semula kata kunci dan isi-isi penting daripada bab yang sudah dibaca.
Sesuaikan kata kunci dan isi-isi penting itu dengan olahan atau susunan dalam bentuk peta minda, peta konsep, carta aliran dan sebagainya.
REVIEW (ULANGKAJI)
Lihat semula bab yang sudah dibaca beberapa kali secara sepintas lalu.