EKSPLORASI MAKSIMA DUNIA KERJAYA STEM
PENGENALAN
Malaysia menuju ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi dengan Revolution Industri 4.0. Menyedari akan hakikat ini, negara perlu membuat beberapa tindakan intervensi bagi mencapai hasrat kemajuan ekonomi. Antara usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan sumber tenaga mahir dan pakar dalam bidang penyelidikan dan industri adalah menerusi pengukuhan pendidikan Sains, Teknologi, Engenering dan Matematik (STEM). Pendidikan STEM adalah pendidikan yang berasaskan kepada konsep mendidik murid dalam empat bidang; Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dengan mengintegrasikan dan mengaplikasikannya dalam konteks dunia sebenar. Pendidikan STEM boleh menarik minat murid melalui aktiviti yang mencabar, menyeronokkan dan bermakna. Pendidikan STEM adalah antara agenda yang diberikan penekanan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Sehubungan itu, KPM giat berusaha memantapkan pendidikan STEM untuk menarik lebih ramai murid menceburi bidang STEM di peringkat sekolah melalui aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum dengan sokongan daripada pelbagai pihak berkepentingan. Oleh itu, pendidikan STEM penting dalam menyediakan murid untuk menghadapi cabaran dan berdaya saing di peringkat
global
Kerjaya STEM merujuk kepada pekerjaan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik. Bidang-bidang ini melibatkan penggunaan pengetahuan dan kemahiran saintifik dan matematik untuk menyelesaikan masalah, mencipta inovasi, dan mengembangkan teknologi baru. Kerjaya dalam STEM termasuk pelbagai pekerjaan seperti ahli sains, jurutera, ahli matematik dan profesional teknologi maklumat.
OBJEKTIF
💻 Murid dapat menyatakan definisi kerjaya dalam bidang STEM
💊Murid dapat menyenaraikan kerjaya dalam bidang STEM
➕Murid dapat mengaplikasikan soft skill dalam kerjaya STEM
EKPLORASI MAKSIMA DUNIA KERJAYA STEM
ELEMEN STEM DALAM KURIKULUM
Pengetahuan STEM adalah merupakan idea, konsep, prinsip, teori dan pemahaman dalam bidang STEM yang terkandung dalam kurikulum semua mata pelajaran STEM. Kurikulum yang dirancang dan dibangunkan berhasrat memberi murid pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM yang mencukupi melalui aktiviti yang disediakan oleh guru didalam atau di luar bilik darjah. Pemerolehan pengetahuan STEM yang progresif,dinamik dan berterusan adalah penting supaya murid sentiasa mendapat pengetahuan dan kemahiran terkini dalam bidang STEM.
Kemahiran STEM adalah kecekapan dan kompetensi untuk meneroka, menyelesaikan, mereka bentuk dan menghasilkan produk. Kemahiran tersebut boleh diperoleh melalui aktiviti, projek atau tugasan yang dihasratkan dalam kurikulum semuamata pelajaran STEM. Kemahiran STEM terdiri daripada Kemahiran Proses dan Kemahiran Teknikal. Kemahiran Proses ialah kecekapan dan kompetensi yang digunakan semasa meneroka dan mengaplikasikan pengetahuan dalam usaha menyelesaikan masalah. Kemahiran Proses melibatkan kemahiran proses sains, kemahiran proses matematik, kemahiran reka bentuk dan kemahiran pemikiran komputasional. Kemahiran teknikal pula adalah kemahiran praktikal yang melibatkan psikomotor merangkumi kemahiran manipulatif, kemahiran teknologi maklumat, kemahiran pengurusan dan pengendalian bahan, alatan dan mesin dengan cara yang betul, selamat dan berhemah.
Nilai dan Etika STEM adalah akhlak atau moral positif serta garis panduan yang harus dipatuhi oleh murid STEM. Penerapan nilai dan etika STEM semasa PdP adalah penting dalam menghasilkan murid yang bukan sahaja berpengetahuan dan kompeten, malah mempunyai keperibadian tinggi. Antara nilai yang di tekankan adalah sistematik, objektif, tekal, berfikir secara rasional, tabah, komited, menyahut cabaran, berani mencuba, berfikiran terbuka, inovatif, dan lain-lain. Sementara contoh etika yang harus dipatuhi oleh murid STEM seperti peraturan makmal, peraturan bengkel dan langkah-langkah keselamatan.
KERANGKA KONSEPTUAL KERJAYA STEM
(sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia 2019)
TVET MADANI 2025