Berlakunya jenayah siber
Kehidupan yang dilingkari dengan teknologi canggih tanpa sempadan telah melahirkan satu kelompok manusia yang hidup serba mudah dan ringkas. Tindakan penyalahgunaan teknologi ini menunjukkan bahawa pengguna tidak dapat mengawal tingkah laku sendiri apabila mereka menggunakan atau mengaplikasikan teknologi. Salah satu penyalahgunaan teknologi ialah jenayah siber. Menurut kajian yang dilakukan oleh Mazlan Osman dan Amri Abdul Rahman dari UiTM, jenayah siber merujuk kepada aktiviti jenayah yang berkaitan dengan teknologi dan komputer menerusi Internet. Menurut kajian tersebut juga, pengguna Internet melakukan pelbagai jenis jenayah siber seperti penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer, kecurian maklumat, capaian secara tidak sah ke atas sistem, menyalin perisian secara tidak sah, pengintipan, judi siber, skim cepat kaya, pornografi, penggodam, penyebaran virus dan mel spam.
2. Mempunyai masalah dalam bersosial dengan orang ramai
Pengunaan ICT yang menarik minat kanak-kanak juga boleh menyebabkan kesan buruk pada kanak-kanak seperti kanak-kanak akan kurang berkeyakinan dalam bersosial apabila berhadapan dengan orang ramai.Hal ini terjadi kerana kanak-kanak terlalu membazirkan masa dengan terlalu menumpukan sepenuhnya perhatian pada gajet sehingga tidak mengetahui cara berkomunikasi yang betul dengan rakan-rakan atau apabila berhadapan dengan orang ramai.
3. Terpengaruhdengan budaya yang tidak sihat
Penggunaan internet tanpa kawalan menyebabkan kanak-kanak mengetahui perkara yang melangkaui batas umur mereka seperti bahan pornografi yang begitu luas tersebar di internet. Jika kanak-kanak tersalah taip kata kunci sedikit sahaja dan terbuka lawan web tersebut kanak-kanak akan terus melihat. Kerana sudah menjadi fitrah semulajadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang begitu tinggi.