Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menurut wikipedia ensiklopedia bebas adalah merupakan istilah bagi teknologi maklumat (IT) yang memainkan peranan sebagai komunikasi dan penyepaduan telekomunikasi untuk membolehkan pengguna mengakses,menyimpan,menghantar dan memanipulasikan maklumat.Selain itu juga,teknologi maklumat dan teknologi komunikasi mempunyai maksud yang berbeza iaitu teknologi maklumat bermaksud penggunaan teknologi moden atau yang menggunakan elektronik seperti komputer,rakaman audio,video,cakra padat (CD) bagi tujuan untuk menyimpan,menyusun,menukar dan mencipta maklumat manakala teknologi komunikasi pula merupakan penggunaan teknologi bagi menyebarkan dan menyampaikan sesuatu maklumat melalui alat perhubungan moden seperti audio,satelit,internet,cd dan multimedia.Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana dapat menyampaikan sesuatu dengan lebih mudah dan difahami.