Memudahkan pencarian maklumat
Memudahkan golongan Belia dalam pencarian maklumat. Hal ini demikian kerana apabila wujudnya teknologi maklumat dan komunikasi ini, ia akan memudahkan lagi golongan belia dalam mengakses apa sahaja ilmu yang berkaitan dengan pendidikan dan memudahkan untuk mengetahui keadaan dunia sekarang ataupun isi semasa samada melalui berita harian online, sinar harian dan sebagainya. Ini akan mengembangkan lagi minda golongan Belia apabila mereka cenderung ke arah kerajinan dalam mengakses sesuatu isu penting. Bukan itu sahaja, kita juga tahu bahawa manusia tidak dapat dipisahkan dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin canggih dan ini juga disebabkan manusia juga tidak dapat dipisahkan dengan teknologi maklumat dan komunikasi ini.
2. Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
-Pengunaan ICT dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana kanak-kanak akan lebih memahami sesuatu pembelajaran yg disampaikan oleh guru dengan lebih mudah.Hal ini kerana bahan yg digunakan adalah dengan cara bermain sambil belajar di mana kanak-kanak akan melihat warna,gambar yang bergerak dan bunyi yang terdapat pada pembelajaran tersebut.Dengan menggunakan cara ini kanak-kanak akan lebih seronok dan menanam minat untuk belajar
3. Mahir dalam penggunaan ict
- Kemajuan teknologi pada hari ini memperlihatkan bertapa masyarakat teruja dengan kemudahan teknologi. Boleh dkatakan setiap orang mampu dan pandai menggunakan teknologi moden terutama berkaitan ICT. Malah sesiapa yang tidak pandai dalam penggunaan ICT dikatakan sebagai ketinggalan zaman dan tidak kurang ada yang memperlekihkan.